“Kaya Pun Sebab Berkat Doa Mak..” – Hadiah Gelang Besar, Kak KM Buat Ibu Seb@k

Apabila menyebut nama Kak KM, pasti terbayang aksinya yang ‘kecoh’ di media sosial dan kadang-kala disifatkan keterlaluan oleh netizen sehingga mengundang kec4man ramai.

Terbaharu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu tidak lupa melakukan kejutan untuk ibunya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-67 dengan berkongsi sebuah posting di laman Instagram, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Birthday mama @normahdamanhuri.  Sayang (nama panggilan) doakan mak sihat, takde sakit2. Apa saja mak idamkan inshaAllah sayang tunaikan mak. Apa yang sayang ada sekarang pun berkat doa mak,” tulis Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli.

Selain kek ‘tarik duit’, lebih menarik perhatian apabila usahawan produk kecantikan dan kesihatan itu turut menghadiahkan seutas gelang emas sehingga ibunya tidak dapat menahan sebak.

Ni mama nak sangat, jadi Kak KM tempah khas untuk mama. Yes bukan senang nak bagi mak menangis, selalu aku yang menangis.
“Ni berapa je mak, tak sampai RM100,000 pun. Apa la sangat, sayang kaya raya pun sebab berkat doa mak, ni adalah hadiah untuk mak,” kata Kak KM sambil memujuk ibunya.

Posting itu menerima pelbagai komen netizen yang turut tumpang gembira apabila melihat kemeriahan serta kasih sayang antara keluarga tersebut.’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Malah ada juga individu yang berpendapat, keluarga Kak KM sentiasa mengutamakan keluarga walaupun dilihat menjalani kehidupan seolah-olah seperti gaya barat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*