Pendedahan yang dibuat oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong berhubung sr4ngn sksv4l seorang individu telah tular di media sosial. Beliau yang berkongsi bukti-bukti dari pihak individu yang terlibat dengan srng4n sksal itu di platform Telegram semalam membuatkan ramai yang terkejut dan tidak sangka dengan apa yang dilihat serta dibaca. Susulan keberanian beliau itu, pastinya pendakwah bebas berkenaan telah teruk dih3ntam oleh warganet terutamanya mereka yang meragui bukti-bukti yang telah dilampirkan itu.
Dedah bukti di telegram
Hal tersebut diakui sendiri Firdaus menerusi Kosmo! apabila lantang menyuarakan hal tersebut terutamanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini. “Semalam, buat pertama kali saya mendedahkan bukti daripada seorang individu tersebut mengenai srng4n sksv4l melibatkan individu yang mendkwa dirinya sebagai seorang pendakwah terkenal. Semua bukti yang didedahkan telah dihantar sendiri oleh individu tersebut berkenaan yang meminta bukti-bukti itu dikongsikan pada umum untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya.
Semua bukti diizinkan dikongsi
Dalam pada itu, Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) ini juga menjelaskan bahawa semua bukti yang didedahkan telah mendapat mngs4, penasihat syariah serta pakar perundangan. Mngs4 juga sudah membuat laporan polis dan pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan siasatan.
“Mngs4 juga telah buat laporan polis dengan semua bukti telah diserahkan untuk disiasat. Selepas berbincang dengan penasihat syariah dan pakar perundangan, Alhamdulillah mereka mengizinkan semua perkongsian itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang,” jelasnya.
Sedia disaman mana2 pihak
Tambah beliau lagi, semua bukti seperti perbualan WhatsApp yang dikongsikan adalah dari apa yang dilihatnya sendiri di telefon mngs4 dan bukan dari pihak ketiga. Jadi, beliau sama sekali telah bersedia dengan sebarang tindakan sam4n yang mungkin dibuat oleh pihak tersebut andai ada yang tak senang dengan pendedahannya di platform media sosial.
“Saya terpaksa berkongsi di saluran telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lvc4h melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat laporan. Saya bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan sam4n,” tambahnya.
Terdahulu, Firdaus Wong dan beberapa lagi individu seperti pendkwah dan influencer terkenal seakan giat mendedahkan berkenaan srng4n sksv4l melibatkan seseorang yang dikenali ramai. Ia pastinya membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan kesahihan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, isu ini sudah menjadi siasatan pihak berkuasa dan diharap mana-mana pihak yang tidak mengetahui hal sebenar tidak menokok tambah cerita sehingga boleh mengganggu siasatan polis. Sumber: Kosmo! (Nur Huda Musa)
Sekiranya terdapat kekurangan kita akan memperbaikinya. Siasatan kes fitnah Ebit Lew selesai.
KUALA LUMPUR: Siasatan kes fitnah melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai.Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, kertas siasatan (IP) bagi kes berkenaan telah dirujuk ke Bukit Aman.”Kita telah merujuk perkara ini ke Bukit Aman untuk diteliti.
Sekiranya terdapat kekurangan kita akan memperbaikinya, sebelum merujuk perkara berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya, dalam satu sidang media di sini pada Rabu.
Tambahnya, pihak polis tidak akan mengambil keterangan penyanyi rap Caprice.”Kita sedia maklum Caprice telah kembali ke Malaysia, baru-baru ini.”Bagaimanapun, tiada keperluan untuk memanggilnya (Caprice) untuk tujuan merekodkan keterangan memandangkan dia telah menjawab persoalan menerusi emel, baru-baru ini,” tambahnya.
Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Sumber: Astro Awani
Siasatan dakwaan Caprice, Nadir fitnah Ebit Liew dirujuk ke Bukit Aman.
KUALA LUMPUR: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan fitnah terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, membabitkan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata kertas siasatan berhubung kes itu sudah dirujuk kepada Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk diteliti.
“Kertas siasatan dirujuk ke D5 JSJ Bukit Aman terlebih dahulu kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi.
“Kita menunggu arahan seterusnya sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini, hari ini.Mengulas lanjut, Ashari berkata, pihaknya juga tidak akan memanggil Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli untuk dirakam keterangan semula walaupun dia sudah kembali ke tanah air, baru-baru ini.
“Saya dimaklumkan Caprice baru pulang ke Malaysia tapi kita (polis) tidak perlu panggil dia untuk rakam keterangan kerana sebelum ini, kita sudah emel soalan yang perlu dijawab.
“Dia sudah menjawab semua soalan diberikan dan kertas siasatan pun sudah lengkap. Jadi tiada keperluan lagi untuk panggil semula dan rakam keterangan secara bersemuka kecuali ada arahan selanjutnya,” katanya.Pada 2 September lalu, Ashari dipetik sebagai berkata kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi soalan yang dihantar polis menerusi e-mel pada 29 Ogos lalu sebelum menerima jawapan balas daripada mereka baru-baru ini. Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kedua-dua individu berkenaan kepada polis.
Pada 29 Julai lalu, Ashari memaklumkan pihaknya dalam proses merakam percakapan dua individu terbabit susulan laporan dibuat Ebit Lew mendakwa difitnah beberapa individu berkaitan misi kemanusiaan di Semenanjung Gz4, Plst1n menerusi media sosial.Kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke IPD Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan kes berkenaan. Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gz4. Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai ftnah melampau.
Sementara itu, Caprice pula mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew susulan rungutan didakwa diterima daripada penduduk Gz4 mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Astro Awani
Leave a Reply