“40 Tahun Dalam Hvtan” – Lepas 8 Tahun Hidup Moden, ‘Tarzan’ Men!nggal Sebab K@nser

Kalau kita bercakap tentang lelaki yang tinggal dalam hvtan, mesti akan teringat dengan filem animasi Tarzan yang ditayangkan lebih dua dekad lalu itu.

Namun pada awal bulan lalu, seorang lelaki Vietnam yang digelar sebagai ‘Tarzan’ dunia sebenar telah men1nggal dun1a.

Lelaki bernama Ho Van Lang, 52 tahun itu men1nggal dunia pada 6 September lalu. Dia dikatakan telah tinggal dalam hvtan selama kira-kira 40 tahun, dan kembali ke dunia luar lapan tahun lalu.

Larikan diri dalam hutan sebab per4ng 

Menurut The Sun, Ho Van Lang telah dibawa lari ayahnya ke dalam hutan sewaktu pengeb0man tentera Amerika Syarikat semasa Per4ng Vietnam pada tahun 1972. Serangan tersebut menyebabkan sebahagian daripada keluarga mereka terbvnuh.

Selama 4 dekad di dalam hutan, mereka dua beranak dipercayai tinggal dalam rumah pokok dan membuat pakaian menggunakan kulit pokok. Bagi makanan pula, mereka membvru pelbagai jenis haiwan untuk dimakan antaranya monyet, t1kus, k4tak, kel4war serta ikan selain mengambil sayuran, buah-buahan dan madu. G1la betul!

Selain itu juga, mereka juga langsung tak berhubung dengan dunia luar sepanjang di dalam hutan. Malah, mereka dikatakan tak percaya bahawa peperangan dah tamat sehinggalah ditemui pada tahun 2013 lalu. Selepas keluar dari hutan, mereka anak-beranak tinggal di sebuah perkampungan kecil di di daerah Tra Bong, Vietnam.

“Saya tak suka lihat dia hidup di dunia luar”

Menerusi temubual bersama salah seorang kenalan Ho Van Lang, Alvaro Cerezo, menyifatkan dia r1sau sekiranya ‘kehidupan moden’ jadi keterlaluan untuk dia hadapi.

Cerezo mengatakan bahawa Van Lang seorang manusia yang baik, tapi dia seakan sed1h sekiranya lelaki tersebut nak hidup di dunia moden.

“Dia seorang manusia yang baik. Mustahil untuk melupakannya. Saya akan rindu dia setiap hari,

“Tapi saya tak suka lihat dia hidup di dunia luar. Saya selalu risau jika dirinya tak mampu melalui perubahan yang dr4stik,

“Dia habiskan masanya tinggal dalam hutan dan datang ke luar di mana dia mula makan makanan berproses dan kadangkala minum alkohol,” katanya.

Bila mengenang semula waktu perkenalan mereka, kedua mereka ini menjadi rapat selepas Cerezo, pernah tinggal di dalam hutan bersama Lang selama seminggu di mana mereka turut sama berburu untuk meneruskan hidup.

“Semasa di dalam hutan, semua yang memakan masa berjam-jam untuk saya lakukan, dia boleh lakukan dalam beberapa saat sahaja.”

Teruja tengok cahaya dari lampu

Cerezo juga ada berkongsikan kehidupan Lang, sepanjang berada di dunia luar. Dia memberitahu bahawa Lang jadi sangat teruja dengan perlbagai perkara.

“Pada waktu malam, dia akan kagun dengan cahaya yang datang daripada lampu.

“Lang beritahu kami yang dapat menikmat! cahaya pada waktu malam adalah sesuatu yang paling luar biasa,

“Dan kemudian dia melihat televisyen buat pertama kali, sesuatu yang pernah diceritakan ayahnya kepadanya semasa dia masih kecil. Jadi dia tahu, mereka yang muncul di kaca televisyen bukan berada di dalam ‘kotak’ tersebut.” 

Masih ada juga sebenarnya kisah manusia macam ni dalam dunia sekarang. Mungkin masih ramai lagi, yang h1dup di dalam hutan macam kisah Ho Van Lang ni kan?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: LM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*