Makin Menawan, Aura Keibuan Izara Aishah Dapat Perhatian Dan Ikhlas Berhijab Bukan Das4r Bisnes

Kecantikan Izara Aishah atau pemilik nama penuh Nik Izara Aishah Nik Izazurin selepas berhijab begitu mencuri perhatian. Malah sejak tampil dalam kempen terbaharu Shawl Publika, imej anak kacukan Melayu-Pakistan ini sekali lagi diperkatakan kerana terlalu manis dan memukau pandangan.

Dalam kempen eksklusif yang dinamakan Tudung Zara itu, Shawl Publika melancarkan koleksi square scarf dengan bidang 45. Cantik-cantik semuanya, makin cantik pula bila Izara Aishah sendiri yang menggayakan tudung baru ni.

Suka kata-kata Izara Aishah yang secara peribadinya menyenangi helaian tudung yang lebih ‘tebal’, tidak jarang dan menutup leher. Nampak matang sangat tulisan Izara ni, bergaya tapi masih mematuhi syariat Islam dalam kod berpakaian.

Walau bagaimanapun, penampilan Izara Aishah dalam kempen Shawl Publika mengundang kemusykilan peminat yang menyangka beliau sudah melancarkan jenama hijab sendiri. Situasi ini segera diberi pencerahan oleh Izara sendiri menerusi ciapannya di Twitter.

Pada usia 28 tahun, Izara kini fokus untuk memperbaiki diri sambil menumpukan lebih perhatian pada keluarga tercinta. Bagi aktres dan model ini juga, beliau belum berhasrat menjalankan perniagaan.

Memetik kata-kata Izara di Beautifulnara, beliau bertegas bahawa hijrahnya itu bukanlah berniat untuk muncul dengan sebarang jenama produk tudung sendiri malah belum berhasrat untuk melancarkan koleksi pakaian miliknya sendiri.

“Jual tudung bukan sesuatu yang saya nak buat. Maaf saya lebih suka membeli. Saya selalu teringin nak lancarkan jenama baju sendiri tetapi buat masa sekarang malas. Sangat sibuk menjaga nyawa kecil saya (anak) dan sudah cukup gembira dengan bisnes lain.” Izara

Izara Aishah sebelum ini dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 dan menjadi pilihan pengarah drama dan filem tempatan.

Izara Aishah telah berkahwin dengan suaminya, Adib Khalid pada 17 November 2017 dengan majlis resepsi penuh gilang gemilang serta memilih tema klasik dan telah direalisasikan oleh perancang perkahwinan terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim.

Anak kesayangannya yang diberi nama Irisa Alaia Muhammad Adib menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 April yang kini sudah berusia setahun.

Irisa Alaia juga bertuah kerana memiliki tiga orang nenek sekali gus iaitu Tengku Datin Seri Zawyah, Puan Safina dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Nona

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*