“Berkesan Dakwah Nabil..” – Anuar Zain Sertai Tabligh, Kalau Azan Mesti Merdu!

Sejak kebelakangan ini, ramai kalangan artis lelaki melakukan penghijrahan dengan mendekati agamawan untuk mendalami ilmu agama menerusi pelbagai perkongsian yang tular di media sosial.

Tidak terkecuali bagi penyanyi popular, Anuar Zain apabila beberapa rakaman videonya bersama artis serba boleh iaitu Nabil Ahmad dan sekumpulan jemaah tabligh tular di platform TikTok.

@nadrosli831

##fyp ##dakwahtabligh ##artishijrah

♬ bunyi asal – nadrosli

Seorang individu @nadrosli831 berkongsi tangkap layar InstaStory yang dimuat naik @hazratfaiz38 memaparkan penyanyi berusia 51 tahun itu sedang menghidangkan minuman untuk segelintir jemaah.

Lengkap berjubah dan mengenakan kopiah, penyanyi lagu Sedetik Lebih itu malah bergurau senda dengan Nabil yang sedang menjamah makanan secara berjemaah dalam satu talam.

Selain itu, dia juga sempat mendendangkan sedikit bibit-bibit lagu Lelaki Ini sambil menunjukkan bakat ‘menarik’ air teh sehingga dipuji individu yang merakam momen berkenaan.

Perkongsian tersebut menerima hampir 875,000 tontonan dan ribuan komen warganet yang mengucapkan syukur apabila melihat semakin ramai umatNya berhijrah ke arah lebih baik berbanding mengutamakan dunia semata-mata.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz turut mengakui tergerak hati untuk menyertai aktiviti tabligh selain memohon doa agar dirinya kekal istiqamah dalam di jalan Allah SWT.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*