“Saya Tidak Bersara Dari Lakonan” Zul Ariffin Tarik Diri Dari Semua Pencalonan ABPBH

Lama tidak mendengar khabar pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin. Paling terbaru adalah kegiatannya yang mengikuti dakwah bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan beberapa lagi artis popular Tanah Air.

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelakon tersebut di Instagramnya, dia memaklumkan kepada para peminatnya terutama kelab peminat zulariffinfc bahawa dia sudahpun menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH).

Tambah aktor kacak tersebut, dia juga telah menghubungi pihak Berita Harian memaklumkan penarikan dirinya dari semua pencalonan di dalam ABPBH ke 34.

Oleh itu, Zul Ariffin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang setia menyokong kerjayanya sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun Zul Ariffin memberitahu yang dia tidak berniat untuk berhenti dari kerjayanya. Cuma mahu perlahan-lahan menjadi lebih baik. Dia juga telah bersedia untuk meneruskan kerja-kerjanya dan meminta peminatnya menantikan lebih banyak karyanya yang bakal keluar tidak lama lagi.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya memberikan komen yang positif dengan tetap menzahirkan sokongan kepada aktor kacak berkenaan.

Mereka juga tidak kisah andai Zul Ariffin menarik diri asalkan pelakon kegemaran mereka terus berkarya dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*