Aliff Aziz Rindu Sangat Nak Sertai Tabl1gh Lagi

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, menyatakan rasa rindunya untuk kembali mendalami ilmu agama bersama jemaah tabl1gh seperti yang pernah disertainya sebelum ini.

Menurut Aliff, dia berharap agar Allah SWT dapat memberikannya kesempatan untuk terus mengejar ilmu dan berdakwah dijalan-Nya sehingga akhir h4yatnya.

“Rindu suasana ni, semoga Allah izinkan dan memilih lagi untuk keluar dijalanNya lagi dan lagi, hingga kami tiada lagi. Kami belajar-belajar korban dijalanMu Ya Allah.

“Dengan harapan Kau pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu. Allahuma Ameen,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Bella Astillah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi entri yang sama, Aliff dilihat turut berkongsi foto sewaktu dia menyertai aktiviti d4kwah bersama jemaah t4bligh.

Antara yang turut sama menyertai aktiviti bersama jemaah t4bligh itu termasuklah rakan artis, Zahiril Adzim.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan agar usahanya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT akan sentiasa dipermudahkan.

“Allah has a plan for your life. You search for a light clearly and that’s light is hidayah.

“Amin, hidayah itu adalah rezeki yang sangat berharga.

“Syukur Alhamdulillah untuk Aliff dan para sahabat. Teruskan berjihad di jalan Allah swt.

“Sepagi dan sepetang di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Baru-baru ini, kisah penghijrahan Aliff mendapat tumpuan ramai pihak selepas dia berkongsi mengenai perkara tersebut di sebuah sesi siaran langsung yang dianjurkan di laman FB rakan artis, Saharul Ridzwan.

Menurut Aliff, kisah penghijrahannya itu bermula selepas dia melihat Instagram TV pengacara dan penyampai radio popular, Faizal Ismail atau FBI yang turut melakukan perkara sama sebelum itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*