Cantik Berhijab! Syahrini Terlalu Rindu Makkah… Kini Lebih Rajin Solat, Baca Al-Quran

KETIKA seluruh dunia berdepan pandemik Covid-19, penyanyi terkenal Indonesia Syahrini mengakui terlalu merindui Kota Suci Makkah dan terkenang saat-saat menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lalu.

Menurut laporan KapanLagi, Syahrini berkata dia merindui ketenangan jiwa semasa berada di tanah suci itu.

Tampil berhijab sejak Mei lalu, Syahrini kini kerap memuat naik foto mengaji Al-Quran menerusi laman Instagram miliknya.

syahrini 3

Syahrini lebih rajin mengaji Al-Quran dan bersolat.

Selain itu, Syahrini juga berkata dia mula menitikberatkan soal ibadah termasuklah mengutamakan solat, lebih-lebih lagi diimamkan oleh suami tercinta, Reino Barack.

Walaupun sudah beberapa kali khatam Al-Quran, Syahrini memberitahu dia tidak akan berhenti membaca kitab suci umat Islam itu.

syahrini 2

Syahrini bersama suami tersayang, Reino.

Penampilan terkini Syahrini yang lebih muslimah itu menerima pujian peminat dan pengikutnya di laman sosial.

Rata-ratanya mendoakan supaya penyanyi lagu Seperti Itu? ini terus istiqamah dalam penghijrahannya itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*