Pelakon Betty Rahmad menerusi sebuah hantaran Instagram ada berkongsi pengalaman dia dan keluarga telah diuji apabila ibunya, Asmah Mohd Ali telah disahkan positif CVD-19.
Turut dijangkiti w4bak itu adalah pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Teha di mana kedua-duanya telah disahkan positif CVD-19 pada pertengahan bulan Ogos yang lalu.
Menurut Betty, kedua-duanya sudah pun pulih seperti sedia kala dan sedang berehat di rumah.
View this post on Instagram
Menerusi kemas kini Instagramnya, Betty turut menceritakan kronologi bagaimana ibu kesayangannya itu dij4ngkiti CVD-19 serta peng0rbanan kakak, Erma Fatima yang berk0rban menjaga bonda mereka itu.
Allahuakbar Alhamdullilah atas kasih sayang ini Ya Allah, hari di mana ibu telah disahkan positif CVD-19, Kak Erma terus kosongkan rumah hantar anak-anak ke rumah lain dan meminta kami hantar mak ke rumah dia. Dialah yang masakkan mak, mandikan mak. Bagi ubat serta vitamin dan memaklumkan kami adik beradik dengan video-video ini dalam group Whatsapp.
Menganggap kakaknya itu sebagai figura luar biasa, Betty memaklumkan bahawa mereka sekeluarga terpaksa ‘berpura-pura’ kuat demi ibu mereka.
View this post on Instagram
Erma juga dilaporkan membuat pemeriksaan CVD-19 untuk dirinya pada setiap malam sepanjang menjaga ibu namun dilindungi Allah S.W.T.
Pelakon drama Adam dan Hawa ini berharap perkongsiannya itu dapat memberi sedikit manfaat kepada mereka yang membacanya.
“Ternyata ia bukan mudah. Kuatkan mental dan percaya segalanya daripada Allah. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami.” tulisnya lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Beautifulnara
Leave a Reply