Sebelum ini, tular di media sosial apabila ada sesetengah rakyat Malaysia yang meninggalkan komen jelek di akaun Instagram atlt lontar peluru Paralimpik Ukaraine susulan geram pingat emas Ziyad Zolkefli ditarik.
Namun begitu, kali ini rakyat Malaysia kembali menggunakan kepakaran sebagai ‘tentera bawang’ untuk membuatkan atlet dari Greece bagi acara lompat jauh trending di media sosial.
Ini yang kita mahu lihat
Akan tetapi, untuk kali ini, atlet Greece yang dikenali sebagai Thanasis Prodromou telah dipuji dan menerima ucapan terima kasih kerana membantu atlet Tanah Air kita, Abdul Latif Romly semasa mengalami kecederaan seusai lompatan kelima.
What sportsmanship is? This! They proved the meaning of sportsmanship when the guy (blue shirt) is the first one to approach Latif Romly. Thank you sir. Semoga baik2 shj hendaknya utk Latif 🤲 #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/2aV6TO5qDA
— 🦖🌑 (@_bossbellkimjd) September 4, 2021
Orang pertama yang bantu
Dapat dilihat dia terus berlari mendapatkan Latif ketika itu sedang memegang pangkal pehanya dan bertanyakan perihal keadaan pemenang pingat emas tersebut.
Bersihkan rambut Latif penuh pasir
Dapat dilihat juga atlet Greece tersebut turut membantu menyapu pasir di rambut Latif ketika atlet negara kita duduk di kerusi roda bagi meredakan kesakitan yang dialami.
What sportsmanship is? This! They proved the meaning of sportsmanship when the guy (blue shirt) is the first one to approach Latif Romly. Thank you sir. Semoga baik2 shj hendaknya utk Latif 🤲 #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/2aV6TO5qDA
— 🦖🌑 (@_bossbellkimjd) September 4, 2021
Semangat kesukanan yang tinggi
Justeru itu, dia telah dipuji rakyat Malaysia terutamanya di Twitter yang sangat berterima kasih dengan sikap prihatin dan semangat kesukanan yang ditunjukan.
Mereka juga mengucapkan tahniah kepada atlet tersebut yang memenangi pingat perak dalam acara yang sama.
Tahniah untuk pingat perak
Comel je dia bersihkan rambut Latif
Terima kasih untuk bantuannya
Terima kasih Thanasis Prodromou!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: omm
Leave a Reply