Penangan D0s Kedua V4ksin, Caprice ‘Tumb@ng’ Dibawa Ke H0spital Di Jordan

Selebriti dan juga infleuncer yang sedang sibuk menguruskan misi #RoadToAlAqsa2040, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sememangnya rajin memuat naik perkembangan perjalanan ‘jihadnya’ di Jordan.

Tolak tepi sebentar berkaitan kontroversi sebelum ini, Caprice dipercayai telah dimasukkan ke h0spital susulan mengalami demam tinggi dan p4nic att4ck.

Hal ini dimaklumkan sendiri influencer berkenaan di media sosialnya dengan menyertakan sekali keadaan ketika terlantar di katil hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Kesan pengambilan vaksin

Menurutnya, demam dan panic attack yang menyerang kesihatannya adalah salah satu kesan daripada pengambilan suntikan kedua vaksin.

Walaupun terlihat agak lemah, namun Caprice memaklumkan yang dia ‘okay’ dan akan kembali meneruskan misinya dalam beberapa hari selepas sembuh.

Dalam IG story influencer itu lagi, dia sempat memuat naik beberapa video menunjukan keadaan lengannya yang dimasukkan air serta kesan pengambilan darah oleh jururawat.

Puji rawatan yang diberikan jururawat & kakitangan hospital

Dia juga turut memuji rawatan yang diterima di hospital berkenaan kerana dilayan dengan baik oleh kakitangan kesihatan disana.

Susulan daripada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan kesejahteraan Caprice di negara orang dan berharap agar dia segera sembuh dari kesan sampingan dos kedua vaksin yang sememangnya agak ‘berat’ untuk ditanggung.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Caprice via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*