“Alhamdulillah Tan Sri Annuar Musa Dah Bayarkan” -Fendy Caliph Buskers Jimat RM1,500… Lega Tak Perlu Bayar Sewa Rumah PPR Setahun

KALAU sudah rezeki, segala penantian tentunya berbaloi.

Begitulah gambaran rasa syukur dan gembira pemain drum Caliph Buskers, Fendy Adlun selepas impian untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai selepas menerima kunci sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Bandar Tun Razak pada Isnin lalu.

Lebih manis apabila bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sudi membayarkan sewa rumah yang bakal menjadi tempat berteduh Fendy dan anaknya yang juga pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Nur Azalea Zafirah, 6, untuk tempoh setahun.

“Terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tan Sri Annuar kerana permudahkan urusan saya dan anak.

“Untuk rumah baru ni, Alhamdulillah Tan Sri Annuar Musa dah bayarkan sewa selama setahun.

“Syukur sangat-sangat… dalam tempoh setahun ni saya dapat berjimat soal sewa rumah,” ujarnya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Selepas setahun dia perlu membayar sewa bulanan sebanyak RM124.

Cerita Fendy lagi dia sudah melihat rumah berkenaan pada Isnin lalu sebaik sahaja mendapat kunci.

“Kunci dah dapat, saya pun sudah pergi tengok. Saya perlu perbaiki mana yang rosak dulu la.

Syukur sangat-sangat… dalam tempoh setahun ni saya dapat berjimat soal sewa rumah,

FENDY ADLUN

PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS

“Mungkin akan ambil masa sebab sekarang masih dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara… tak boleh nak pindah terus. Saya pindah barang-barang kecil saja dulu.

“Lantai pun perlu cantikkan dulu sebab ada bahagian yang pecah, lepas itu nak cuci lantai sebelum pindah,” katanya.

Tambah Fendy dia akan menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk membeli kelengkapan rumahnya sedikit demi sedikit.

“Sumbangan orang ramai masih ada, boleh la saya gunakan untuk perbaiki apa yang patut dan beli kelengkapan rumah.

“Sewa di rumah sekarang sepatutnya sampai bulan ni, tapi tuan rumah extand untuk sebulan dua lagi, syukur,” katanya.

Sebelum ini Fendy meluahkan hasrat untuk mendapatkan rumah PPR milik DBKL kerana sukar membayar sewa rumah sebanyak RM1,300 sebulan di Sentul, Kuala Lumpur kerana pendapatan terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*