Subhanallah, Merdunya Suara Aliff Aziz Laung Azan…

Umum mengetahui, penyanyi, Aliff Aziz tampil dengan perubahan baru selepas menyertai kumpulan tabligh dan ‘keluar’ selama 3 hari untuk mendalami agama Islam. Perubahan Aliff disambut baik peminat yang rata-rata mendoakan agar suami Bella Astillah itu terus istiqomah.

Terbaru, video Aliff sedang melaungkan azan berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial.

Hidup kita cuma sebentar. Umpama jarak antara Adzan dan Solat. Bila lahir, kita di adzankan, Bila mati, kita disolatkan. Peringatan untuk diri saya yg lemah ini. Semoga menjadi asbab kebaikan untuk semua. Allahuma Ameen.

Menerusi video berdurasi 2:29 saat, Aliff memaklumkan dia mahu berlatih untuk melaungkan azan ketika berada di rumah. Video tersebut dipercayai dirakam oleh isterinya iaitu Bella Astillah sebelum dimuat naik di media sosial.

Menurut Aliff, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara jika dibandingkan di akhirat kelak. Oleh itu, dia memberi peringatan kepada diri sendiri dan semua agar sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Rata-rata peminat dan rakan artis memuji kemerduan suara Aliff Aziz ketika melaungkan azan. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang turut sebak dan syahdu sehingga mengalirkan airmata sebaik sahaja selepas mendengar laungan azan ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*