“Moga Ramai Lagi Artis Begini” -Penampilan Baru Izara Aishah Bertudung Labuh Dan Padam Gambar Lama

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah mencuri perhatian apabila tampil bertudung labuh di Instagramnya (IG).

Penampilan terbaharu Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 28, itu dikongsikannya dalam beberapa keping gambar yang dipaparkan di platform tersebut baru-baru ini.

Izara bagaimanapun telah menutup ruangan komen bagi perkongsiannya itu.

Selain itu juga, timbul persoalan apabila pelakon filem Pilot Cafe ini turut bertindak memadam gambar-gambar lama tdak bertudung di IG.

Aktres jelita ini mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun.

sumber : utusan

Artikel sblum ini

Langsung tak heboh, Izara Aisyah senyap2 tunai umrah dengan suami

Baru sahaja mengumumkan diri sedang berbadan dua, pelakon cantik, Izara Aisyah telah dijemput sebagai tetamu Allah apabila berpeluang menunaikan umrah bersama suami tercinta ketika ini.

Walau bagaiamanapun, Izara langsung tdak memuat naik keberadaannya di Tanah Suci seperti mana selebriti lain apabila berada di sana.

Bergambar bersama Lufya Omar

Perkara tersebut hanya diketahui apabila pelakon berwajah Arab, Lufya Omar memuat naik gambar mereka ketika di Madinah kerana dia juga sedang menunaikan umrah.

Tiada pengumuman langsung di media sosialnya

Sebelum ini, Izara telah merahsiakan kehamilannya daripada pihak media sehingga ramai yang terkejut dengan pengumuman tersebut. Kandungan yang semakin menjangkau usia 6 bulan itu akhirnya dimaklumkan sebagai satu berita gembira untuk semua.

Situasi tersebut samalah juga dengan keberangkatannya ke Tanah Suci apabila langsung tidak diketahui oleh orang ramai dan perkara itu telah membuatkan dirinya dihujani kata-kata positif daripada peminat.

Diam2 dah sampai Tanah Suci

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian daripada Instagram Lufya, rata-rata warganet telah memuji tindakan Izara yang tidak menghebohkan setiap aktiviti hariannya di media sosial.

Mereka juga sempat mengucapkan tahniah atas kehamilannya serta mengatakan bahawa pelakon tersebut sangat cantik apabila mengenakan hijab.

Cantiknya mommy to be & mommy already

Lawa Izara pakai tudung, macam perempuan Arab

Terdahulu, Izara telah melangsungkan perkahwinan dengan Adib Khalid iaitu anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tahun 2017. Selepas hampir 4 tahun hidup bersama, akhirnya Izara Aisyah mengumumkan bakal menimang cahaya mata pad 2020 ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*