Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Sebagai seorang insan biasa, kita sendiri pun tak tahu bila ajal akan menjemput. Baik tua ataupun muda, kematian itu sesuatu yang pasti akan tiba dan kita hanya mampu bersedia.
Ditinggalkan orang tersayang adalah satu momen yang tak mampu dibayangkan bagaimana peritnya.
Pernah kehilangan isteri selepas setahun melayari bahtera rumah tangga, seorang bapa tunggal melalui akaun Facebooknya Faid Noorazmi rasa terpanggil untuk berkongsi cerita.
Ikuti perkongsian Faid di bawah ini:
Bidadari syurga, setia hingga hujung nyawa
Rasa terpanggil, rasa hati bagai dijentik bila buka sosial media sejak kebelakangan ni makin ramai insan yang menerima nasib macam aku. Kehilangan srikandi dunia, dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.
Lebih kurang tiga tahun enam bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat dikandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.
Sahabat alam maya semua, aku bukan orang yang terlalu berpengalaman dalam menguruskan rumah tangga, aku hanya sempat rasa bahagia bersama lebih kurang 1 tahun 1 bulan. Nikmat kebahagiaan aku ditarik ketika aku masih berumur 24 tahun dan anak aku baru berusia 2 bulan.
“Aku cuma nak sampaikan pesan buat kalian..”
Sahabat, aku cuma nak sampaikan beberapa pesanan buat kalian yang masih ada dan bakal memiliki pasangan:
1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama dan nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody is perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak ditengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja dan gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? Siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? Masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa dan redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. InsyaAllah dengan doa dan redha daridapa kita suami atau isteri, pasangan kita akan selamat dan bahagia di negeri abadi.
Semoga coretan aku ada manfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi.
Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat dan bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita. Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya.
Moga dengan redha dan sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti.
Aaminn ya Rabbal Alamin.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Faid Noorazmi via SK
Leave a Reply