Buat penggemar filem-filem Bollywood, nama kedua pelakon wanita ini pasti tidak asing lagi buat anda apatah lagi, Kareena Kapoor mahupun Karisma Kapoor banyak membintangi filem Bollywood sebagai watak utama.
Nampaknya kehebatan dua beradik popular ini berjaya membuatkan ramai suka dengan lakonan mereka dan bukan sahaja Kareena Kapoor dan Karisma Kapoor ini popular di negara mereka malah di beberapa negara lain juga.
Kini masing-masing sudah melewati usia 40an dimana Karisma Kapoor berusia 47 tahun dan adiknya pula, berumur 40 tahun. Namun begitu, kedua-dua pelakon ini masih kekal awet muda sehingga sekarang dan sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Menjengah pula ke ruangan Instagram adik beradik popular ini, ternyata satu rakaman video terbaru yang memaparkan telatah mereka berdua mengundang orang ramai tidak dapat menahan ketawa.
View this post on Instagram
Ini kerana, siapa menyangka pelakon-pelakon jelita ini juga kelakar apabila mereka merakamkan video bersama yang mana adik-beradik pasti dapat relate.
Melalui ruangan komen di posting tersebut, Karisma Kapoor dan adiknya ini dalam pada masa yang sama turut menerima pujian netizen kerana kecantikan mereka yang sehingga kini tampak awet muda.
“Hahahaha so cute…”
“So cute video”
“Kareena Kapoor tidur nya nganga juga ya”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: HCL
Leave a Reply