Gelag4t anak-anak kecil di rumah kadang-kadang boleh menjadi penyeri. Keriuhan suara dengan gelak tawa menjadikan kediaman ceria dan bahagia. Benarlah kata orang anak-anak adalah kebahagiaan dalam rumahtangga.
Malah baru-baru ini perkongsian satu video telatah Yusuf melayan Alisa yang dimuat naik di Instagram Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah menjadi tumpuan ramai. Kedua-dua kanak-kanak ini adalah anak kepada pasangan selebriti tersebut.
View this post on Instagram
Kedua-duanya sungguh bijak dan comel membuatkan telatah mereka sering sahaja mendapat tumpuan warganet. Dalam perkongsian tersebut kelihatan Alisa memegang kamera dan abangnya, Yusuf Iskandar duduk di atas kerusi menjadi model untuk adiknya.
Gelagat Yusuf yang bijak melayan adiknya ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah rakaman kedua-dua kanak-kanak comel ini:
View this post on Instagram
Alahai comel betul kedua-duanya! Si abang pun pandai melayan adiknya itu. Apa-apa pun perkongsian rakaman telatah Yusuf melayan Alisa yang nak jadi jurugambar ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan video ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Elok la tu Yusuf nak macam ayah dia, alisa nak macam mak dia”
“Ya Allah masing2”
“Alahai perangai dua-dua ade je akalnya. Dah la cute”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: HCL
Leave a Reply