“Dia Sendiri Dalam Pejabat Pun Tak Pakai Mask” -Ini Punca Lana Nodin Tak Pu@s Hati

AKIBAT tidak memahami isu pokok yang cuba diketengahkan Lana Nordin, aktres itu teruk dihentam netizen susulan tindakannya menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

Tegas Lana atau Mazlina Hassan Nordin, 41, mesej yang ingin disampaikannya menerusi gesaan tersebut ialah mengenai kewibawaan Dr Noor Hisham dan pasukannya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani wabak Covid-19 di negara ini.

“Salah ke saya bersuara? Saya pun tak kenal dia, tapi maaf cakap… apa yang dia buat ini tak betul kerana dia tak telus.

“Kalau dia telus tak jadi macam ni. Sudah berapa lama kita duduk rumah tapi kes makin meningkat.

lana_ig

Perkongsian Lana di Instastory berhubung isu pematuhan SOP.

“Ada benda yang tak kena? Kes dari mana ni? Entah-entah orang selsema biasa pun dikatakan Covid-19,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Isnin lalu, Lana menerusi rantaian perkongsian di Instastory menarik perhatian ramai apabila dia mempertikaikan peranan yang dimainkan Dr Noor Hisham.

Malah Lana turut berkongsi video amatur yang dirakam invididu tidak dikenali membabitkan prosedur operasi standard (SOP) petugas kesihatan ketika menguruskan jenazah mangsa Covid-19.

“Saya pertikaikan pematuhan SOP dalam kalangan petugas KKM sendiri. Kita diberitahu kalau seseorang itu meninggal sebab Covid-19, jenazah tidak boleh diuruskan oleh ahli keluarga sebab bahaya, sampai mayat perlu dibalut.

“Tapi tengoklah video yang saya kongsikan tu, ada individu dilihat tak pakai PPE (peralatan pelindung diri).

“Video tu frontliner juga yang rakam, mungkin dia nak beritahu kita sesuatu… nak tunjukkan SOP di hospital. Saya tak cakap pun Covid-19 is not real, tapi untuk menakut-nakutkan orang itu tidak baik,” katanya.

Bercakap tentang SOP, Lana turut mempertikaikan pematuhan garis panduan tersebut oleh Dr Noor Hisham sendiri.

Dia merujuk kepada perkongsian seorang netizen di media sosial membabitkan Dr Noor Hisham yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang awam di pejabatnya.

“DG (Director General) selalu cakap fasal sistem, jaga SOP semua tu… tapi dia pun tidak ikut SOP. Pejabat itu bukan rumah dia, jadi salah ke statement saya tu?

lana1

Lana bersama suami dan dua anak mereka.

“Saya marah… kalau DG bagus, kita duduk rumah (selama) ini lockdown, tapi kenapa kes makin tinggi?

“Sebelum ini pernah ke saya melalak yang bukan-bukan, saya bukan jenis attention seeker, apa yang saya cakapkan itu benar,” katanya lagi.

Dalam pada itu mengulas tentang kata-kata sinis netizen yang menggesa agar dia pulang ke negara kelahiran suaminya, David Mckienzie di Amerika Syarikat (AS), Lana berkata dia juga tidak sabar untuk berbuat demikian.

“Saya memang nak balik, saya stuck di sini sebab ada penggambaran bulan Januari lalu. Kalau di AS, saya lagi bebas, suami boleh keluar bekerja cari duit.

“Duduk sini buat apa… duduk rumah sahaja. Ini bukan kehidupan bagi anak-anak saya. I don’t care Malaysia ke USA ke… janji ada life. Mereka kat sana pun ada Covid-19 macam kita tapi kenapa di sini susah sangat nak (beri kita) keluar,” katanya lagi.

Lana berkahwin dengan David pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 4, dan William Daud Mckienzie, 3.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*