Influencer terkenal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sejak kebelakangan ini kerap menjadi sorotan media.
Pelbagai kisah kontroversi melibatkan selebriti tersebut tular sehingga dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Nenek Caprice meninggal dunia
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru Caprice di Instagram, dia telah memaklumkan yang baru sahaja kehilangan nenek tersayang pada Subuh tadi.
View this post on Instagram
Tak sempat tunaikan hajat
Dalam kapsyen yang ditinggalkan beserta gambar dan video pertemuan dengan neneknya sebelum ini, influencer berkenaan memaklumkan yang hajatnya untuk mengotakan impian membawa nenek tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Lumpur tidak kesampaian.
Dia juga memberitahu gagal membawa ‘jodoh’ dan anak-anaknya berjumpa dengan nenek sebelum warga emas itu menutup mata sedangkan dia pernah berjanji tentang perkara itu.
“Saya juga kehilangan impian & janji untuk menempatkannya di rumah bersama ibu bapa saya di KL,”
“Saya juga kehilangan impian & janji bahawa suatu hari saya akan mengembalikan jodoh dengan anak-anak agar dia dapat dibanggakan. . . Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini,” tulis Caprice.
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan salam takziah buat Caprice.
Mereka juga mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap agar keluarga yang ditinggalkan terus bersabar atas ujian tersebut.
Salam takziah buat Caprice sekeluarga
Semoga kuat brother!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Instagram Caprice
Leave a Reply