“Punc@ Durian Mahal…” -Motorsikal Bawa Durian Terpac@k Sebab Berat Sangat

Memandangkan sekarang ini masih lagi musim durian, pastinya masih banyak permintaan yang diterima dari penggemar durian. Baru-baru ini pula, seorang lelaki berkongsikan pengalaman lucunya semasa membawa durian menggunakan motorsikal.

Oleh kerana dia membawa muatan yang terlalu banyak, motorsikalnya itu kemudian terpacak dan hampir saja terbalik. Kejadian itu turut membuatkannya berdekah dengan nasib yang tidak disangka-sangka ini.

@afiqjupiter11

😂😂😂 mohon jangan gelak saya tak larat nak gelak dah🤣🤣🤣 dugaan ##fyp

♬ original sound – afiq

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan keadaan motorsikal yang dibawanya itu. Dapat dilihat, motor itu berada dalam keadaan terpacak dengan muatan durian di belakangnya.

Lelaki itu sempat berseloroh ianya bukanlah satu kerja yang senang untuk membawa durian dalam kuantiti yang banyak seperti yang dibawanya ini. Malah dapat dilihat, durian yang dibawanya itu begitu banyak sehingga hampir penuh di ruangan motorsikalnya itu.

motor

Lelaki itu kemudian memberitahu dia terpaksa menyusunnya semula sebelum dapat meneruskan perjalanan seperti biasa. Dia juga tidak dapat menahan ketawanya sebaik saja melihat keadaan motorsikalnya yang kekal terpacak itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat keadaan motorsikalnya itu. Ada juga yang berseloroh mungkin inilah punca yang menyebabkan harga durian menjadi mahal selama ini.

“Ni lah punca durian mahal hahaha jangan nego harga…”

motorsikal bawa durian

“Patut harga durian sebiji sampai RM800 ni puncanya.”

durian

“Berat sangat tu bang duriannya.”

komen

“Sebab tu jangan tanya kenapa durian mahal even dari negara sendiri.”

tik tok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*