Di Instagram, pelakon Jasmin Hamid sebelum ini memuat naik sebuah video review makanan dan kelihatan dia menguap tauhu bergedil ke mulut anak lelaki, Haziq Macquistan. Tindakan Jasmin Hamid menyuap makanan ke mulut anak lelakinya yang sudah dewasa itu bagaimanapun telah mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen berasa ‘geli’ melihat adegan suap menyuap anak beranak itu. Bagaimanapun, Jasmin hanya menganggap netizen yang mengecam itu sebagai orang yang kurang kasih sayang.
Jasmin Hamid di posting terbaharunya memberi respon kepada kecaman yang diterimanya susulan video reviu makan yang dimuatnaiknya sebelum ini. Katanya, tidak menjadi masalah jika seorang ibu mahu suapkan makanan ke mulut anak sendiri dan sebagai ibu dia akan tetap memberi kasih sayang kepada anak-anaknya.
Saya suap anak saya, bukan anak orang lain atau suami orang. Suap anak salah, tapi bila tengok ‘girlfriend boyfriend’ bersuap-suap, ‘sweet’ pula ya? Kalau tak suka jangan tengok. Walaupun anak-anak saya sudah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan mereka selagi saya sihat. Saya tetap akan peluk cium mereka.
Ciuman dan belaian seorang ibu. Anak-anak saya sedikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka walaupun depan orang. Keluarga kami sudah diajar untuk saling sayang-menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan.
View this post on Instagram
Sementara itu, pelakon ini turut meluahkan kerinduannya kepada ibu bapanya. Dia juga sedih melihat ada segelintir keluarga yang telah berpecah belah disebabkan keluarga tidak memupuk nilai kasih sayang sejak anak-anak kecil lagi.
Saya sendiri sudah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman daripada ibu bapa saya. Rindu yang amat. Ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibu bapa dan adik-beradik.
Sedih tengok ramai keluarga yang berpecah-belah sebab dari kecil, keluarga tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat-menghormati antara anak-beranak. Bila sudah besar, semua buat hal masing-masing.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Instagram Jasmin
Leave a Reply