“Semua Berjuang Demi Hidup” -Peniaga Jual Burger Sambil Jaga Anak

Setiap kali melayari media sosial, warganet dapat melihat perit jerih rakyat yang bergelut dengan ekonomi semasa dalam apa jua keadaan demi meneruskan kehidupan.

Terbaru, satu video TikTok kelihatan seorang peniaga burger sedang melakukan jualan di gerai sambil menjaga seorang kanak-kanak lelaki dan bayi dipercayai anaknya mengundang rasa sayu netizen.

Video dikongsi personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya yang dirakam seorang pelanggan memaparkan peniaga itu menyiapkan tempahan sambil memerhati dua anaknya di dalam kereta berhampiran gerai berkenaan.

Berjuang… Semua berjuang demi hidup

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Menurut pelanggan terbabit Hazly Razaly, dia tiada niat untuk mengaibkan sebaliknya bersimpati dengan nasib peniaga itu yang berusaha keras bagi menanggung ahli keluarga.

“Semalam aku beli burger kat brader ni. Sambil buat burger, dia terjenguk-jenguk tengok kereta yang ada depan gerai ni. 
“Aku pergi dekat kereta, aduh ada baby rupanya. Ada si abang yang mungkin tengah nak tidurkan adiknya,” kata Hazly.

Selepas meraih ratusan ribu tontonan, Hazly berkongsi mengenai lokasi gerai itu yang terletak di Setia Taipan, Setia Alam selain menyeru orang ramai untuk memberi sokongan kepada peniaga tersebut.

Semoga membantu!

@hazlyrazaly

Reply to @mell08085 Ni lokasinya sis..Semoga membantu ##viral ##foryou ##jokiensem ##5ebundle

♬ original sound – Hazly Razaly

Rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan dan mendoakan agar peniaga berkenaan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Moga murah rezeki abang ni

Sedih tengok benda2 macam ni…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Fedtri Yahya via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*