Zoey Rahman Tidak Dibenar Rakam Video Disuntik Vaksin

Pemberian vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin rancak berjalan setelah lebih ramai rakyat Malaysia bersetuju menerima suntikan tersebut.

Proses suntikan pula sangat memudahkan dan sistematik seperti yang disaksikan dalam video-video yang selalu dikongsikan oleh para selebriti tanah air.

Pada 9 Jun 2021, pelakon Zoey Rahman berkongsi tentang dirinya yang turut hadir untuk menerima suntikan vaksin di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Bagaimanapun, pelakon tersebut tidak dibenarkan oleh petugas kesihatan untuk merakam video aksinya menerima suntikan.

“12:10 “sorry no video” , jealous pulak kawan2 yg lain semua dapat, tak apa lah tak Ada rezeki. Kita Hormat permintaan dia. Dia cakap Takut Nanti viral 😂.

Tak dapat ambik video tak pe, janji vaksin kita dapat . 👍”

Walaupun Zoey merasa agak cemburu dengan rakan-rakannya yang lain kerana dapat merakam video mereka, namun beliau akur dengan permintaan tersebut.

Sementara itu, para pengikut di Instagram beliau meninggalkan pendapat tentang petugas kesihatan yang melakukan suntikan kepada Zoey.

Tidak mengapalah, yang penting Zoey sudah berjaya mendapat suntikan pertama vaksin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Zoey Rahman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*