Kes!an Papa Sib0k Ingatkan R@kyat P@tuh SOP,Sampai Dafi Pun Dah Lvpa Ke?

Di kala Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diasak memberi penjelasan mengenai kebenaran operasi program hiburan yang mengumpulkan lebih 50 individu pada satu masa, anaknya, penyanyi Dafi juga mencuri tumpuan ramai.

Sebelum ini, program All Together Now Malaysia dilapor dihentikan buat sementara waktu berikutan dakwaan ramai artis melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada Mac lalu.

Difahamkan, ramai artis yang hadir sebagai juri jemputan tidak memakai pelitup muka ketika program berjalan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Malah, anak Menteri Kanan (Keselamatan) itu turut terkena tempiasnya ekoran kehadiranya sebagai salah seorang juri program berkenaan.

Nama Gadaffi Ismail Sabri itu kini dihujani kecaman warga maya yang tidak berpuas hati kerana memberi contoh tidak baik kepada kepada masyarakat.

Sepatutnya, dia perlu menjaga nama baik dan imejnya sebagai public figure serta anak kepada seorang menteri.

MalaysiaGazette melaporkan, program yang diacarakan Sherry Alhadad itu bersiaran secara rakaman di stesen berbayar dan menghimpunkan 50 juri dalam satu masa.

Bapanya sering menyampaikan maklumat mengenai SOP terkini, dia pula ‘buat hal’ menimbulkan kemarahan ramai dengan melanggar SOP yang disampaikan bapanya. Apa cerita?

Tiada kompromi siapa langgar SOP termasuk anak sendiri!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Malaysia Reporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*