“Ingatkan Kawan-kawan Bergurau Je Dulu” -Anak Jati Kuching Miliki Wajah Mirip D.O (EXO)

ORANG kata dalam dunia ini ada tujuh individu yang memiliki wajah serupa.

Namun sejauh mana kebenarannya, tak siapa yang tahu.

Kali ini, seorang jejaka berusia 20 tahun dari Kuching, Sarawak dikatakan memiliki wajah iras penyanyi K-Pop, D.O (Do Kyung-soo) yang juga ahli kumpulan EXO.

Menurut Muhammad Muzaffar Shah, dia yang lebih mesra disapa Muz mengakui teguran mengenai persamaan itu bukanlah satu perkara baharu.

Selain diperkatakan di aplikasi TikTok pada masa ini, ia sebenarnya sudah lama menjadi perbualan dalam kalangan rakan-rakan di sekolah.

“Sebenarnya sejak zaman sekolah lagi, sekitar tingkatan tiga. Ada kawan yang tegur kata wajah saya sama macam D.O dari kumpulan EXO.

“Tak sangka di media sosial sekarang, orang bercakap benda sama. Mereka pun cakap benda sama sebagaimana kawan-kawan zaman sekolah dulu.

Muz yang berusia 20 tahun menetap di Kuching, Sarawak.

“Saya agak terkejut sebab saya rasa wajah kami tak sama. Saya pun ingatkan kawan-kawan bergurau je dulu.

“Tapi bila netizen pun komen benda sama, saya terima saja apa yang diperkatakan walaupun saya rasa wajah kami tak sama,” katanya kepada mStar.

Menurut Muz, ada juga komen-komen negatif termasuklah yang menafikan dia memiliki wajah iras penyanyi itu.

Namun katanya, dia tak ambil hati memandangkan dia sendiri tidak pernah mengaku bahawa wajahnya sama dengan ahli kumpulan EXO itu.

“Ada jugalah komen negatif, mereka kata tak sama. Ada yang cakap wajah saya sebenarnya sama dengan penyanyi lain.

“Ada juga yang kata wajah saya mirip personaliti dari Indonesia. Tapi saya tak ambil kisah semuanya,” ujar Muz.

Antara lakaran fesyen yang dihasilakan oleh Muz.

Menurut pelajar bidang fesyen itu, dia juga merupakan seorang peminat muzik K-Pop suatu masa lalu.

Dedahnya, dia meminati kumpulan 2NE1, namun minat itu terhenti selepas empat ahlinya membawa haluan sendiri selepas dibubarkan beberapa tahun lalu.

“Dulu masa awal-awal orang kata muka saya sama macam D.O kumpulan EXO, saya ada jugalah cari lagu-lagu nyanyiannya.

D.O merupakan salah seorang penyanyi dalam kumpulan K-Pop EXO.

“Sekarang dah kurang minat K-Pop, sebab kumpulan 2NE1 dah dibubarkan.

“Saya pun bukanlah jenis fanatik sampai beli koleksi kumpulan yang diminati. Cuma saya hafal lirik lagu dan rap mereka,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, EXO merupakan antara kumpulan K-Pop paling popular yang bernaung di bawah Syarikat SM Entertainment.

Selain EXO, kumpulan legenda seperti Super Junior, Girls Generation, SHINee dan f(x) turut bernaung di bawah syarikat sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*