Sudah 10 tahun usia filem Istanbul Aku Datang! sejak ia dimulakan dengan penggambaran pada 2011.
Filem itu disebut-sebut sebagai satu karya evergreen yang menjadi kegemaran para penonton.
Dibintangi pelakon terkenal antaranya Beto Kusyairy, Lisa Surihani dan Tomok, penggambarannya telah dijalankan di Istanbul, Turki.
Pada 4 Jun 2021, pelakon utamanya Beto telah berkongsi trivia atau kisah di sebalik tabir filem itu bersempena usianya yang sudah sampai sedekad.
Melalui trivia tersebut, banyak perkara yang didedahkan oleh Beto yang mana ia tidak diketahui orang ramai sebelum ini.
Antaranya adalah mengenai lokasi penggambaran asal mereka, ada yang dikira mengganggu privasi penduduk asal di sana.
Selain itu, babak di dalam bilik air ketika Beto membasuh rambut Lisa adalah gabungan beberapa babak yang terpaksa dirakam semula kerana masalah teknikal.
Sweet pula scene tu, nampak caring sangat!
Cuaca yang sejuk ketika penggambaran juga menjadi sesuatu yang mencabar buat para pelakon dan kumpulan produksi.
Namun antara yang menarik adalah ketika babak Beto membawa Lisa menaiki skuter, korang ingat tak?
Beto mendedahkan bahawa hampir semua babak untuk menaiki skuter di atas jalan itu adalah sebenarnya palsu!
Ini kerana untuk memudahkan proses penggambaran, skuter tersebut hanya dibawa di atas lori dan ia tidak bergerak.
Terdapat juga babak yang berlaku secara impromptu, bagaimanapun ia tetap berjalan lancar dengan kepakaran yang dimiliki oleh para pelakon.
Apapun, Beto berharap agar Istanbul Aku Datang! dapat terus menceriakan para penonton.
Pelakon itu sendiri mengakui seronok sepanjang penglibatannya dalam penggambaran filem tersebut.
Agaknya bila la kita dapat ke Istanbul ye?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Twitter Betto Kusyairy
Leave a Reply