USAHA wanita ini menghasilkan drama pendek ternyata berbaloi apabila dia menerima ratusan ribu tontonan di aplikasi TikTok.
Menurut Nik Hajar Nik Hassan, 38, dia berpakat dengan rakannya, Zairy Amir, 34, dan sama sekali tidak menyangka ramai netizen akan terpedaya dengan kisah cinta olok-olok itu.
Dalam satu video yang dikongsi, dia yang mesra disapa Nik berlakon kononnya terserempak dengan jejaka itu di sebuah pusat beli-belah.
Nik kemudiannya berkongsi video itu ke TikTok dan meminta netizen mencari identiti jejaka berkenan sehingga ia meraih perhatian ramai.
“Lelaki itu memang seorang TikTokers yang popular. Dia dikenali sebagai Tawkey_Phone dalam kalangan netizen. Jadi saya berpakat dengan dia untuk buat video, kononnya saya terserempak dengan dia.
“Kemudian saya nak minta netizen carikan identiti dia untuk saya. Kononnya saya tak kenal dia. Video itu pun sebenarnya kami rakam di dua lokasi berbeza. Saya rakam di Putrajaya, dia di Pulau Pinang.
Nik tak sangka ramai akan membantunya mencari identiti jejaka yang ditemui dalam video tular itu biarpun ia hanya lakonan semata-mata.
“Tak sangka sambutan sangat positif. Netizen beri sokongan dan tolong cari lelaki itu untuk saya. Sampai kami kena buat siri baharu. Rasa bersalah juga menipu netizen, tapi kami dah jelaskan sewaktu siaran live di TikTok,” ujarnya.
Tambah Nik lagi, video itu sebenarnya dirakam sebelum pelaksanaan ‘total lockdown’ pada 1 Jun lalu.
Malah katanya, siri drama pendek itu diteruskan lagi atas permintaan ramai yang mana ia juga akan disertai barisan figura popular di TikTok.
“Akan ada siri drama pendek lagi selepas ini atas permintaan ramai. Netizen pun tak marah walaupun diperdaya pada awalnya.
“Sebaliknya, mereka doakan saya dan lelaki itu betul-betul bercinta. Feedback banyak yang positif,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nik mengakui dia juga tidak terlepas menerima komen negatif di aplikasi TikTok.
Terbaharu, ada individu menyuarakan pendapat bahawa Nik pastinya lebih cantik sekiranya dia mengenakan hijab.
Kata Nik, dia tak pernah ambil hati, sebaliknya menerima semua komen dengan hati terbuka.
“Saya dah set dalam fikiran, kalau nak main media sosial, hati kena kuat dan kena terima kritikan.
Kata Nik, dia menerima segala komen dengan hati terbuka.
“Biasalah komen negatif, kadang-kadang mereka salah sangka dengan niat saya. Saya sentiasa positif saja.
“Bila ada orang komen mengenai pemakaian tudung, saya terima sahaja. Lagipun kita orang Islam, kena terima teguran itu.
VIDEO :
I hope he has tiktokš„ŗ Please guy if u know him…tag him for meš„ŗ ##nikhajarr
Reply to @redstre4k Thank you guys, tagged him for me, finally found his tiktok, part 3 soon. by the way, he’s cute thoš ##tiktoklovestory ##nikhajarr
“Cuma saya minta doakan yang baik-baik. Mungkin saya akan berubah ke arah lebih baik suatu hari nanti,” ujarnya.
Kata Nik, setiap orang berhak membuat teguran, namun ia haruslah dibuat menggunakan saluran yang betul.
“Jangan tegur secara aibkan orang. Kalau marah-marah, kita sendiri pun tak boleh terima.
“Mungkin juga boleh mesej secara peribadi. Semua video yang saya buat hanya untuk beri kegembiraan pada orang, nak ceriakan suasana dalam TikTok,” ujarnya lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply