Umum sedia maklum bahawa sehingga kini usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat masih belum ditemui pihak berkuasa namun dilihat aktif melayari laman Instagram.
Bagaimanapun, tumpuan warganet tiba-tiba berubah kepada adik perempuannya yang dikenali sebagai Mustika dimana sering memuat naik video di platform TikTok.
Lebih menarik perhatian orang ramai apabila wanita yang mesra dipanggil Ika itu menghasilkan video parodi menggunakan suara milik abangnya, apatah lagi dikatakan memiliki wajah seiras seperti Saj@t.
Mustika ke Sajat tu?
Mustika ke sajat? Rindu leteww 🙄
Menerusi sebuah video, Mustika melakukan ‘miming’ dialog si abang serta ekspresi wajah yang bersesuaian dengan berceloteh mengenai dua orang anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi.
“Saj@t ni biarlah anak-anak makan dulu. Abang (Syahmi), time to eat lepas tu makan ubat,” antara ‘lakonan’ dijayakan oleh Mustika.
Selain itu, sebuah lagi video turut meraih tontonan ramai apabila ‘Saj@t’ membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya selepas dikritik netizen.
@must1ka_88Topic hari ini ##padangjawa ##english♬ original sound – must1ka
“Office aku pun kat Padang Jawa (Shah Alam), lagi la nak suruh aku cakap bahasa Inggeris. Lain la office kat Beverly Hills (California), class la nampak!,” tutur Mustika melakonan dialog tersebut.
Melihat ke ruangan komen, ramai terhibur menonton parodi itu serta mengakui agak keliru kerana dibayangi perwatakan Saj@t berikutan wajah adik-beradik tersebut dilihat sangat mirip.
Keliru pulak! Macam kembar
Ingat betul2 Saj@t.. ‘Menganj!ng’ abang sendiri
Adiknya cantik, patut la abang nak ikut
Adik cantik semula jadi…
Mesti kelakar macam Saj@t!
Betul2 ‘copy paste’ ni
Difahamkan, Mustika pernah menceburi bidang hiburan tidak lama dahulu selain turut tular tangkapan skrin tulisan dirinya di posting Instagram yang memanggil Sajat sebagai abang.
Doakan abang saya sembuh…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: TikTok must1ka_88
Leave a Reply