“Ahli Politik Perlu Jujur”- Kenapa Tak Suka Syed Saddiq? TMJ Jawab

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim perkenan menjawab pelbagai soalan daripada pengikut di InstaStory termasuk mengenai Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semalam.

Menerusi sesi soal jawab tersebut, seorang individu bertanya sebab mengapa baginda tidak menyukai Syed Saddiq kerana pemimpin muda itu dilihat boleh diharap dalam memikul tanggungjawab.

Menjanjikan apa & bagaimana?

“Negara ini memerlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi. Seorang lelaki yang berprinsip dan bukan populis,” tulis Tunku Ismail.

Malah, pemilik pasukan Johor Darul Takzim (​JDT) itu juga menjawab satu lagi soalan yang mendakwa bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut telah banyak membantu rakyat Muar dan mengapa menganggapnya sebagai populis.

Adakah dia dari Johor? Adakah dia dari Muar?

“Adakah awak menerima laporan mingguan dari ketua kampung atau penghulu? Menyelesaikan tugas di lapangan dan berpura-pura melakukan tugas di media sosial adalah dua perkara yang berbeza,” jawab baginda.

TMJ turut memberi komen mengenai prestasi skuad Harimau Malaya yang kalah 0-4 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai awal pagi semalam.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram TMJ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*