Pelakon jelita, Ayu Raudhah selamat menimang cahaya mata kelima yang juga bayi lelaki di sebuah pusat perubatan, Jumaat lalu.
Berita gembira itu dikongsi Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar menerusi InstaStory dengan mengucapkan terima kasih atas doa dititipkan orang ramai.
Alhamdulillah…
“Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. Mommy dan baby boy sihat dan selamat,” tulis Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan.
Sementara itu, suaminya yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan iaitu Zaquan Adha turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran zuriat tersebut.
“Alhamdulillah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki,” luah pemain berusia 34 tahun itu.
Sebelum ini, Ayu berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan anak kelima itu pada majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada Disember lalu.
Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.
Alhamdulillah semuanya selamat.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber : Oh My Media
Leave a Reply