Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan akhirnya mendedahkan suaminya, Siew Jim secara peribadi dalam satu sesi soal jawab soalan dari peminatnya.
Menurut Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, sesi soal jawab itu dilakukan selepas menerima banyak rungvtan dari peminatnya yang mahu kenal tentang jejaka yang telah menawan hatinya.
“Ramai compla!nt kenapa tak post content dengan husband, jadi kali ini saya dan suami akan menajwab 15 soalan yang anda tujukan pada kami,” katanya.
Lizzy berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video panjang yang dimuat naik di akaun Instagram(IG) miliknya.
Menerusi video tersebut dia yang duduk bersebelahan dengan suaminya menjawab segala persoalan dari IG dalam soalan Q&A Insta Story.
Antara soalannya, peminat bertanyakan mengenai bagaimana perkenalan mereka bermula.
“Kami berkenalan dekat sebuah kedai minuman b@r, ketika itu saya dan ada kekasih lain jadi masa berjumpa kami tak banyak borak.
“Kami diperkenalkan oleh kawan baik suami dan selepas itu kami tidak bercakap selama tiga tahun dan selepas itu baru mula berkenalan kembali,” kata Lizzy.
Selain itu, soalan yang membuatkan ramai tertanya-tanya adakah suami tidak cembvru dengan komen luc@h yang diterima Lizzy di dalam media sosial selama ini.
Siew Jim menjawab dengan jujur dia tidak cembvru dan tidak kisah dengan segala komen tersebut.
“Secara jujurnya zero persen kerana saya tidak cembvru atau tidak kisah langsung dengan komen-komen luc@h itu.
“Kalau kamu semua rasa mereka itu luc@h kami sendiri secara peribadi suka cakap tentang komen luc@h sesame sendiri.
“Lagi pun saya bukan seorang lelaki yang kuat cembvru,” jelasnya.
Siew seorang yang terbuka ketika menjawab semua persoalan tersebut termasuk soal anak serta status mereka yang duduk berasingan.
Ramai lelaki Melayu patah hati apabila gambar perkahwinan penyanyi dan pelakon seksi, Elizabeth Tan tersebar, pada Mac lalu. Namun Lizzy mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan perkara tersebut.
VIDEO :
View this post on Instagram
KOMEN NETIZEN :
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber : Gempak
Leave a Reply