Haqiem Rusli Bakal Tamatkan Zaman Bujang

PETALING JAYA Tiada angin, tiada ribut, penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya, penghujung tahun ini.

Menurut laporan BH Online, Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli menerusi sesi siaran langsung dalam Instagram berkata, dia tidak berniat menyembunyikan perkara baik daripada peminat.

“Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.

“Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung tapi hujung tahun ini. Saya pun sudah menghadiri kursus kahwin tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Haqiem terkejut hampir 100 peratus kelompok peminat merestui keputusan dibuatnya pada usia muda.

Ditebak pertanyaan siapakah bakal isterinya nanti, Haqiem enggan enggan berkongsi lanjut.

“Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi kelak,” ujarnya.

“Tentang siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti.

Sebelum ini, Haqiem pernah mendedahkan hubungannya dengan model kelahiran Australia berusia 16 tahun yang hanya diperkenalkan sebagai R.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : BH Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*