Alhamdulillah Nampak Makin Cantik Seperti Model Setelah Berhijab

Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin melvahkan rasa syukur apabila isterinya ahli perniagaan Nurida Suraya dipercayai sudah mengenakan hijab sepenuhny

Menerusi perkongsian di laman Instagram butiknya @rizmanruzaini dengan memuat naik sekeping gambar wanita berusia 32 tahun itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

“Alhamdulillah, perjalanan baru untuk Nurida. Semoga istiqamah.. InshaAllah amin ya rabbalalamin,” tulisnya pada posting tersebut bersama duo, Ruzaini Jamil.

Malah jika ditinjau dengan lebih mendalam ke ‘feed’ Instagram milik isterinya, posting terbaru memang dipenuhi dengan foto penampilan berhijab sehingga meraih perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen tumpang gembira dan menyambut baik keputusan isterinya untuk berhijrah selain memuji kecantikan Nurida yang kelihatan semakin jelita apabila berhijab.

Tahniah! Indahnya ciptaan Allah

Moga istiqamah, nampak makin muda…

Sedap mata memandang

Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga di ruang acara Glasshouse Seputeh di ibu kota pada September 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan Rizqaa yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: Instagram Rizman Ruzaini

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*