Boleh Pula Tepuk Tangan Selepas Dapat Tahu Dijangkiti Covid-19

Sekiranya disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan, seseorang itu pasti akan bimbang mengenai tahap kesihatan dan kesan akibat jangkitan virus tersebut.

Namun, berbeza dengan situasi seorang wanita ini apabila netizen mend@kwa dia bangga selepas mengetahui keputusan ujian swab dimana dirinya dan beberapa ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Video aksi ‘gembira’ itu dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter, @sasorikageyoshi yang memaparkan tangkap layar daripada InstaStory wanita berkenaan.

“Orang lain tengah bersedih, stress sebabkan Covid-19. Tapi ada sampah yang bangga positive Covid-19 siap tepuk tangan kongsi di InstaStory,” tulis @sasorikageyoshi.

Rakaman tangkap layar berdurasi satu minit itu juga memperlihatkan dua warga emas dipercayai ibu bapa wanita itu ketika melakukan ujian swab di dalam kereta secara pandu lalu selepas disyaki dijangkiti virus Covid-19.

 

“Kami semua suspek Covid-19 gais, aku tak tahu nak suka atau menangis dah ni,” tulis wanita berkenaan dalam loghat Kelantan.

Selepas memperoleh semua keputusan ujian swab, wanita itu seolah-olah ‘meraikannya’ dengan bersorak dan bertepuk tangan sambil merakam reaksi orang tuanya di tempat duduk belakang.

Berikutan itu, rata-rata warganet ‘bingung’ dan mempersoalkan tindakan ‘happy go lucky’ wanita itu sehingga posting tersebut diulang kicau hampir 3,700 kali.

Golongan2 tu berisiko tinggi

Mungkin belum rasa kehilangan…

Walau bagaimanapun, ada juga tangkap layar dipercayai penjelasan wanita tersebut yang mendakwa dia bertindak sedemikian kerana mahu menceriakan dan mewujudkan semangat positif untuk orang tuanya.

“Saya mohon maaf, jangan salah faham…”

Pastu perlu ke kongsi dalam media sosial?

Kang ramai ingat Covid tak bahaya?

Sumber: Twitter @sasorikageyoshi

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*