“Elok Je Main Bunga Api Depan Rumah Kita, Tetiba Sibuk Cari Musvh Seng@n Jiran” -Lufya

Isu seorang pengacara televisyen yang memuat naik kenyataanya di media sosial dengan mendakwa jirannya yang juga artis terkenal merupakan seorang antivaksin telah mendapat perhatian umum.

Walaupun tidak mendedahkan secara jelas siapa gerangan artis tersebut, namun beberapa selebriti telah berasa ‘tercuit’ dan turut meluahkan rasa kesal di media sosial diatas tuduhan yang sebegitu.

Selain daripada Rita Rudaini, seorang lagi nama yang ‘dipetik’ oleh pengacara berkenaan iaitu Lufya Omar turut sama dikatakan menyebarkan dakyah air rebusan bunga cengkih untuk mengubati wabak.

Takde pun gaduh2

‘Terasa’ namanya juga menjadi bualan, Lufya telah menulis di ruangan IG story mengulas berkenaan isu tersebut. Dia memaklumkan anak-anak mereka sebelum ini elok sahaja bermain bunga api bersama di hadapan rumah, namun tidak sangka keluar cerita seperti itu.

Kehidupan berjiran ni dituntut dalam agama

Lufya juga turut menulis berkenaan kehidupan berjiran di ruangan Instagram serta memuat naik gambar bersama jiran tetangganya termasuklah beberapa selebriti terkenal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Jangan meremehkan kehidupan berjiran

Sehubungan dengan itu, dia sempat menitip pesan supaya tidak memandang remeh hubungan dengan jiran-jiran kerana kedudukan jiran sangat penting dalam kehidupan kita.

Terdahulu, ciapan yang dibuat oleh pengacara dan juga model muslimah, Farahanim Abdul Razak di ruangan Twitternya telah menjadi perhatian media selepas mamaklumkan terdapat beberapa selebriti yang didakwa anti vaksin.

Hal ini dibidas oleh Rita Rudaini di Instagram dengan mengatakan usahanya untuk mengekalkan kesihatan dengan merebus air bunga cengkih tidak mewakili sebarang pendiriannya sama ada antivaksin ataupun tidak.

Sumber: Lufya Omar

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*