Peminat setia drama Melayu di slot Akasia TV3 pasti mengikuti drama Sabarlah Duhai Hati yang diterajui oleh nama-nama hebat industri seni Tanah Air.
Selain daripada membariskan nama besar seperti Amyra Rosli, Saharul Ridzuwan, Izzue Islam dan Fadilah Mansor, lakonan hebat Iman Suhana sebagai Nadia untuk watak antagonis tidak perlu disangkal lagi.
Menerusi Mstar, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid,31 memaklumkan drama terbaru lakonannya itu cukup memberi kesan kepada penonton sehingga menerima beberap ugutan yang diperoleh menerusi media sosial.
“Alhamdulillah selepas Takdir Yang Tertulis, drama Sabarah Duhai Hati pula menjadi sebutan penonton…memang ramai yang geram dengan watak Nadia. Saya terima macam-macam mesej ugutan di laman sosial daripada penonton yang tak puas hati.”
“Ada yang ugut nak pijak perut saya, nak langgar dengan lori, sagat muka dekat jalan dan macam-macam lagi mesej menakutkan yang saya terima…mungkin mereka terbawa-bawa dengan emosi itu,” katanya.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, Iman juga memaklumkan ramai yang memberikan feedback positif mengenai lakonannya dalam drama tersebut.
“Yang positif pun ramai, mereka faham itu hanya lakonan dan puji watak yang saya lakonkan itu. Alhamdulillah, kiranya watak Nadia berjaya sampai kepada penonton. Itu sudah cukup membuatkan saya seronok,” tambahnya lagi.
Pelakon wanita yang sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata ini turut mengakui bahawa ada juga penonton yang tidak tahu yang dia sudah berkahwin kerana menyangka masih muda lagi.
“Saya tidak pernah merahsiakan tentang keluarga, saya selalu tunjuk foto dan video bersama anak di Instagram.”
“Yang lucu apabila ada orang ingat saya muda lagi, mungkin sebab wajah macam budak-budak…padahal umur saya dah masuk 30 tahun. Alhamdulillah rezeki awet muda. Saya senyum sahaja baca komen-komen mereka,” ujarnya.
Drama Sabarlah Duhai Hati bersiaran setiap hari di slot Akasia jam 7.00 malam ini memaparkan konflik kekeluargaan apabila wujud campur tangan Opah lakonan hebat Fadilah Mansor dalam setiap rumah tangga anak-anak dan cucunya sehingga mencetuskan konflik antara mereka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Oh My Media
Leave a Reply