“Pelik Lah Frontliners Pun Ramai Malaysian Kutuk..”

Terbaru, seorang pelakon, Ummi Nazeera tampil bersuara di laman Twitter miliknya. Kata Nazeera dia benar-benar pelik dengan sikap sesetengah masyarakat yang sampai hati mengutuk pekerja barisan hadapan yang banyak memberikan bantuan buat masyarakat terutama di saat-saat genting seperti ini.

Kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat saban hari. Semalam sahaja, negara sekali lagi memecahkan rekod apabila kes jangkitan mencapai angka lebih 7000 orang. Hal ini, benar-benar membimbangkan kerana ada kemungkinan kes boleh naik sehingga 5 digit. Rakyat Malaysia juga maklum bahawa katil di hospital sudah tidak cukup untuk menampung lebih banyak pesakit. Malah, mayat pesakit Covid-19 terpaksa disimpan di dalam kontena kerana tiada lagi ruang untuk ditempatkan.

Semestinya, dalam keadaan penularan wabak pandemik ini, antara yang paling penat bekerja adalah pekerja barisan hadapan (frontliners) seperti doktor dan jururawat di hospital. Mereka tak menang tangan menguruskan pesakit-pesakit selama 24 jam tanpa henti. Malah, ada yang terpaksa bekerja lebih masa kerana kekurangan staff ataupun terdapat terlalu banyak kes kesemasan sehingga mereka sendiri tidak dapat peluang untuk menguruskan diri dan berjumpa keluarga.

Kisah para petugas hadapan telah banyak diceritakan melalui media-media rasmi. Malah, baru-baru ini dokumentari yang dibuat oleh Majalah 3 dan pihak RTM benar-benar meruntun hati apabila mereka merakamkan detik realiti keadaan di hospital dan pusat kuarantin melalui lensa kamera.

Baca juga: “Sangat Membuka Mata Dan Menginsafkan” – Liputan Khas Covid-19 Majalah 3 Membuat Orang Ramai Menangis

Namun, tidak disangkal memang ada sesetengah pihak yang masih menganggap apa yang berlaku hari ini adalah rekaan dan agenda semata sehingga petugas barisan hadapan pun terkena tempiasnya. Lebih memilukan apabila ada yang menuduh doktor dan jururawat di hospital hanya “berdrama” sahaja.

Terbaru, seorang pelakon, Ummi Nazeera tampil bersuara di laman Twitter miliknya. Kata Nazeera dia benar-benar pelik dengan sikap sesetengah masyarakat yang sampai hati mengutuk pekerja barisan hadapan yang banyak memberikan bantuan buat masyarakat terutama di saat-saat genting seperti ini. Tak tahulah apa yang bermain di minda sesetengah masyarakat ketika ini sehingga semuanya nampak buruk di mata mereka.

Ummi Nazeera turut berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati dalam berkata-kata. Dia turut menambah bahawa pekerja barisan hadapan inilah yang banyak membantu kita dan orang di sekeliling kita. Jika tiada mereka, pasti susah kehidupan kita.

Ummi adalah isteri kepada seorang doktor dan dia adalah antara selebriti yang aktif berkongsikan berita perkembangan Covid-19 di laman sosial miliknya selain turut menggalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin.

Jika sekalipun kita marah dan tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi janganlah kita lemparkan tempias kemarahan kita kepada petugas barisan hadapan yang banyak jasanya kepada masyarakat. Kita doakan semoga rakyat di negara ini terus kuat dalam mendepani ujian yang hebat ini. Tak lupa juga kepada pekerja barisan hadapan negara, semoga anda diberi kekuatan dan ganjaran luar biasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

Sumber: Kool Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*