“Saya Mahu Kelihatan Plastik” Sanggup Belanja RM44,000

USIA lelaki ini baru sahaja mencecah 22 tahun namun sepanjang tempoh setahun yang lalu Jimmy Featherstone telah melakukan pelbagai pembedahan plastik.

Objektifnya hanya satu – ingin mengubah wajahnya menjadi patung figura popular Ken yang juga kekasih kepada Barbie.

Jimmy telah menghabiskan AS$10,000 (RM44,000) untuk menjalani pembedahan plastik seperti suntikan bibir, implan pipi, menukar bentuk wajahnya agar mirip karakter impiannya.

“Saya telah melakukan pelbagai prosedur dalam tempoh setahun ini, tetapi ini hanya permulaan.

“Jika mahu kelihatan seperti Ken… saya merasakan patung itu kelihatan luar biasa,” katanya seperti dilaporkan New York Post.

Jimmy belum berpuas hati dengan rupa parasnya.

Jimmy yang berasal dari United Kingdom meninggalkan alam persekolahan ketika usianya 16 tahun dan sejak itu melakukan pelbagai pekerjaan untuk mengumpul wang bagi membolehkannya melakukan pembedahan plastik.

“Saya selalu menjadi perhatian dan menonjol daripada orang lain. Sekarang saya mahu lebih dikenali dan kelihatan plastik kerana itulah estetika yang saya suka,” jelasnya.

Sementara itu, Jimmy mendedahkan dia membelanjakan AS$400 (RM1,600) setiap minggu untuk memastikan kecantikannya sentiasa terjaga.

Malah dia kini sedang menghitung hari untuk melakukan pembedahan hidung.

Tidak hanya kecantikan wajah, Jimmy juga sangat menggemari kehidupan mewah termasuk berbelanja barangan mewah seperti Chanel dan Moncler selain gemar makan di restoran mewah.

Baru-baru ini, Jimmy membelanjakan AS$30,000 (RM120,000) untuk mengadakan sambutan hari jadinya.

“Majlis itu sangat elegan dan benar-benar luar biasa dan ramai membandingkan ia seperti majlis perkahwinan,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*