Sebut sahaja nama Caprice, pasti ramai mengenali selebriti yang cukup dikenali ramai dengan tagline berbunyi ‘What is on the news today?’ ini, betul tak?
Sering dilihat mengulas tentang isu-isu hangat di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini pemilik nama Ariz Ismail itu menjadi bualan hangat netizen apabila melakukan IG Live berdebat dengan seorang wanita Israel.
Caprice sentiasa cakna dan ambil berat berkenaan isu semasa
Justeru itu, pelantun lagu ‘Koyak’ itu mendedahkan telah dihubungi oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan berkenaan isu terbabit.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Caprice berkongsi pertemuannya bersama tokoh berusia 96 tahun itu.
Bertemu dengan Tun Mahathir
View this post on Instagram
Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, dia sama sekali tidak menyangka diberi peluang untuk berjumpa Tun Mahathir.
Seperti yang ramai tahu, Tun Mahathir merupakan seorang personaliti yang lantang mengecam dasar ‘apartheid’ rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke 4 lagi.
Difahamkan lagi melalui pertemuan singkat itu, Caprice telah berbincang dengan Tun Mahathir berkenaan isu Palestin-Israel serta rancangannya untuk negara timur-tengah serta visi tentang golongan belia di Malaysia.
Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah apabila Caprice turut memberitahu bahawa dia berjanji dengan Tun Mahathir bahawa dia akan menyertai parlimen dan membuat perubahan dalam negara Malaysia suatu hari nanti.
Caprice janji akan sertai Parlimen
Sementara itu dalam ‘posting’ lain, Caprice turut memuat naik video keadaan persekitaran pejabat Tun Mahathir. Menariknya, terdapat replika ‘Dome Of The Rock’ diletakkan di satu sudut pejabat itu.
Tambahnya lagi, replika tersebut merupakan satu mercu tanda yang penting buat Tun Mahathir.
“Masa Tun sudah habis. Tak lama lagi ni…”
View this post on Instagram
Selain itu, Caprice turut meluahkan rasa sebak apabila Tun Mahathir memberitahunya bahawa masa yang tinggal untuknya berkhidmat kepada agama dan negara sudah hampir tamat.
Justeru itu, Caprice sebulat suara menyatakan keinginannya menyertai parlimen dan ingin melakukan yang terbaik untuk memimpin negara Malaysia tercinta.
Bukan itu sahaja, disebabkan Caprice dan Tun Mahathir dilihat tidak memakai ‘face mask’ dalam video yang dikongsi, Caprice memohon maaf kepada orang ramai dan jika bersalah, dia rela dikompaun.
Tolong ‘join’ dan lakukan perubahan!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi reaksi terharu dan kagum terhadap Caprice. Mereka berdoa agar janjinya itu tertunai pada masa akan datang.
Perdana Menteri paling muda di Malaysia
Boleh jadi ‘leader’ yang baik
Sokong Caprice!
Jarang orang muda berfikiran begini
Caprice betul2 istiqamah kepada Ummah
Sedihnya Tun cakap macam tu
Dalam pada itu, ramai juga yang berasa sedih melihat perkongsian Caprice tentang perbualannya dengan Tun Mahathir. Bagi mereka, Tun Mahathir merupakan seorang tokoh yang sentiasa menjadi inspirasi rakyat.
Terdahulu, Caprice berdebat dengan seorang ‘influencer’ terkenal dari Israel yang disiarkan secara langsung menerusi IG Live.
Bagaimanapun, ramai penonton tidak puas hati apabila Caprice langsung tidak diberi peluang untuk bercakap dan melabel kenyataan yang dibuat oleh ‘influencer’ terbabit kebanyakannya tidak benar.
Sumber: Instagram Caprice
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Oh My Media
Leave a Reply