Dah Biasa Watak Ayu Lemah Lembut… Kini Terpaksa Tambah Bulu Mata

DRAMA terbaharu berjudul Sc@mmer menampilkan sisi berbeza pelakon Siti Saleha memegang watak antag0nis sebagai Amy yang bekerja sebagai peguam bela namun terlibat dalam keg!atan ‘money launder!ng’ secara rahs!a.

Menurut Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, watak tersebut memerlukan dia memakai solekan yang tebal termasuklah kuku palsu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Biarpun hasratnya untuk mewarnakan rambut bagi menampakkan kelainan tidak tercapai, namun Saleha tetap melakukan perubahan dengan membuat eyelash extention atau penyambungan bulu mata palsu.

Siti Saleha bergandingan dengan Kamal Adli.

“Untuk watak dalam drama ini memang sangat berbeza dengan watak yang saya pernah pegang sebelum ini. Watak Amy ini memerlukan saya berdandan lebih sebab dia seorang yang sangat bergaya.

“Jadi, saya bersiap agak lama juga untuk masa set sebab memerlukan solekan tebal dan pakai kuku palsu. Ikutkan, saya nak warna rambut supaya nampak lain.

“Tapi disebabkan ketika itu keadaan PKP dan salon tidak dibenarkan buka, jadi tak tercapailah hasrat saya itu. Tapi, saya buat eyelash extention untuk nampak kelainan,” kata Saleha kepada mStar.

Peminat memang tidak akan lari untuk bandingkan.

SITI SALEHA
PELAKON

Pelakon berusia 31 tahun itu berkongsi mengenai drama terbaharu lakonannya itu ketika sesi temu bual bersama media secara maya pada Isnin.

Selain Saleha, drama arahan pengarah Norhanisham Muhammad itu juga menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan didie Alias.

Drama 20 episod terbitan produksi Radius One Sdn Bhd itu mula ditayangkan pada Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria.

Dalam pada itu, Saleha menyedari peminat sentiasa akan membuat perbandingan wataknya sebelum ini terutama Mia dalam drama 7 Hari Mencintaku.

Saleha tampil kelainan dalam drama Scammer.

Bagaimanapun, Saleha menegaskan semua watak dalam setiap lakonannya berbeza kerana dia sentiasa inginkan kelainan dalam setiap tawaran yang diterima setiap tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

“Saya tahu peminat mesti akan buat perbandingan dengan watak lakonan saya sebelum ini terutama Mia dalam drama 7 Hari Mencintaiku. Peminat memang tidak akan lari untuk bandingkan.

“Tapi watak Amy ini memang sangat berlainan sebab itu masa saya dapat skrip, saya setuju untuk terima seleas tengok karekter Amy ini adalah antag0nis.

“Sebab kalau boleh memang saya tak akan ambil tawaran watak yang sama dalam satu tahun. Saya akan cuba untuk bawa watak yang berlainan setiap tahun,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*