Nama pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa semakin hangat diperkatakan berikutan dengan beberapa dakwaan mengenai dirinya yang dipercayai melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Bukan itu sahaja, setiap tanduk selebriti ini seolah-olah sentiasa diperhatikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya pengguna media sosial.
Respon Mawar Rashid
Seperti yang kita sedia maklum, Neelofa, suami dan ahli keluarganya telah terpalit dengan beberapa dakwaan melanggar SOP seperti berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, melanggar SOP ketika majlis perkahwinan serta merentas negeri ke Langkawi dan Negeri Sembilan.
Berikutan daripada isu tersebut, seorang individu dikatakan telah mewujudkan satu petisyen berjudul ‘Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera’ dengan tujuan menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman yang setimpal kepada Neelofa atas kesalahan yang dilakukannya.
Difahamkan, petisyen tersebut telah ditandatangani lebih daripada 45 ribu orang.
Tetapi berbeza pula dengan pendapat seorang pelakon tempatan iaitu Mawar Rashid yang tampil bersuara seakan tidak bersetuju dengan kandungan petisyen tersebut selain membela nasib usahawan terkenal itu.
Bukan itu sahaja, menerusi komen yang ditinggalkan Mawar di satu portal hiburan, dia berpendapat Neelofa merupakan seorang insan yang telah banyak memperjuangkan Islam dan dia tidak sepatutnya dipenjarakan.
Namun, komen tersebut telah dipadam selepas dipercayai mendapat kecaman daripada netizen.
‘Jangan lah penjarakan’
Salah Faham
View this post on Instagram
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Oh Bulan
Leave a Reply