Perang Ogy Dan Erma Fatima Tak Habis Lagi!

KONFLIK antara dua diva tanah air, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy dan Erma Fatima pernah menggemparkan industri hiburan pada tahun 90-an sehinggakan kontroversi mereka diangkat menjadi sebuah telefilem, Pengantin Popular pada 1994.

Telefilem tersebut seterusnya menjadi fenomena angkara jalan cerita yang memaparkan kisah sebenar industri seni tempatan di samping lenggok perbualan yang unik sesama mereka turut menjadi ikutan ketika itu.

Selepas 27 tahun, kisah pertelingkahan ini kembali berterusan dalam drama 21 episod bertajuk Diva Popular arahan Rashid Sibir terbitan Rumah Karya Citra dan skripnya ditulis oleh Erma Fatima sendiri.

Gandingan Tiz bersama Ogy sebagai ibu dan anak.

Drama Diva Popular masih mengekalkan Ogy dan Erma sebagai teraju utama bersama barisan pelakon hebat antaranya Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Ben Amir dan Syafiq Kyle untuk menambahkan kehangatan siri tersebut.

Sudah mula menemui penonton melalui Slot Dramatix, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam hingga 8 malam hanya di Awesome TV di Astro, saluran 123 dan MyTV, saluran 112.

Drama siri itu mengisahkan pertelingkahan yang tiada kesudahan di antara anak-anak Diva Popular Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima) dan Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) yang merupakan musuh sejak azali.

Lakonan hebat Nabila Huda dalam Diva Popular.

Bukan hanya dalam bidang lakonan malah turut bersaing dalam semua perkara termasuk berebut seorang lelaki yang sama suatu ketika dahulu sehingga tercetusnya perang besar antara mereka.

Kini, sejarah 27 tahun itu berulang kembali apabila perkara yang sama berlaku kepada anak mereka iaitu Ika Natalia (Tiz Zaqyah) dan Erma Erika (Nabila Huda).

Kedua-duanya merupakan pelakon yang sedang meningkat naik berebutkan seorang aktor yang dikenali sebagai Syazwan (Ben Amir).

Tiz Zaqyah dan Nabila Huda.

Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media namun dia digambarkan sebagai pelakon kayu yang tidak berbakat dan pada masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut.

Manakala Ika Natalia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan kini bercita-cita untuk menjadi pelakon terbaik namun malangnya dia tidak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Syazwan.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy)

Pertelingkahan antara Ika Natalia dan Erma Erika telah melibatkan kedua ibu mereka yang menyebabkan perang besar tercetus kembali.

Saksikan drama Diva Popular ini di Astro, saluran 123, MyTV di saluran 112 dan siaran tertunda melalui laman sesawang rasmi Awesome TV di www.awesometv.my.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*