Wanita Pakai Wristband C0VID-19 Selamba Makan Di Kafe, Cetus Kebimbangan Masyarakat

KUALA LUMPUR: Foto seorang wanita yang dipercayai meIanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tuIar di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin C0VID-19.

Susulan penuIaran rakaman itu, pemilik kafe berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Facebook bagi menepis t0hmahan bahawa premis tersebut gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan.

“Jangan kata kami pihak peniaga tak ambil tindakan. Kami tak ada hak selak lengan baju orang ye! Kami ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), ambil suhu ikut yang disarankan. Masa viral ni tentu semua peniaga terkejut,” tulisnya di laman Facebook.

Pemilik kafe yang menggunakan nama Facebook Nurul Chu Hada Karim berkata perbuatan wanita itu meIanggar peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyebabkan orang di sekitar kawasan itu menjadi panik sekali gus menjejaskan peniaga lain di Meru Raya.

“Kak Nurul sendiri awal pagi dah kol (hubungi) Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Dah bercakap sendiri isu ini. Kak Nurul disarankan bertenang. Katanya dua orang yang positif dah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Bukan yang viraI (wanita tuIar).

“Hanaz Cafe bebas dari C0VID ye. Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sahkan Makcik gelang pink negatif daripada C0VID-19. Makcik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana meIanggar arahan KKM,” katanya dengan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan wanita itu tampil untuk memberi maklumat.

Sementara itu, di laman Twitter Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood turut terkiIan dengan tindakan wanita tuIar itu yang dianggapnya boleh menyumbang kepada gelombang C0VID-19 sekali lagi.

“It’s people like her that increase our nation’s r1sk to second wave. Shame on you Ms (Cik) and shame on your friends or family and cafe who allowed her in and didn’t report when she’s supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. C0VID-19 is still out there,” tulisnya.

(Orang macam wanita inilah yang meningkatkan ris1ko negara kita menghadapi gelombang kedua. Malulah sikit cik, dan juga kawan-kawan atau keluarga cik serta kafe yang membenarkan dia masuk dan tidak laporkan dia sedangkan dia sepatutnya di bawah kuarant1n. Langkah lebih ketat diperlukan. C0VID-19 masih belum berakhir)

Kebanyakan netizen turut meninggalkan komen antaranya: @HardymanMohamad: “Why is she so seIfish?(Mengapa dia mementingkan diri sendiri?) @begratefulmate: Ini namanya tiada rasa tanggungjawab dan anggap pandem1k ini remeh.

@MissFrulein: Rakyat yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah ambil maklum perkara berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mencari wanita yang tuIar itu.

Dalam kenyataan semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata jika didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk tindakan perundangan akan diambil terhadap wanita itu.

Individu yang menjalani kuarantin wajib memakai wristband bagi memudahkan pemantauan ke atas mereka agar kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan.

— BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*