Twitter Dig0dam Besar-Besaran

San Francisco: Akaun rasmi twitter milik Apple, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX Elon Musk, CEO Amazon Jeff Bezos dan beberapa akaun lain dig0dam semalam oleh pengg0dam untuk men1pu orang ramai menghantar transaksi bitcoin cryptocurrency.

Mangsa pengodaman secara besar-besaran itu turut membabitkan akaun twitter bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, bekas Timbalan Presiden AS Joe Biden, Uber, pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, firma khusus bitcoin dan banyak lagi.

“Kami menyedari isu keselamatan yang memberi impak terhadap akaun di twitter,” ciap pengendali twitter di media sosial itu hari ini.

“Kami (twitter) menyiasat dan mengambil langkah lanjut untuk memperbaikinya. Kami akan maklumkan perkembangan terkini kepada semua dalam masa terdekat.”

Biden memberitahu AFP, Twitter sudah menutup akaun rasminya yang dig0dam dan memadam ciapan paIsu yang dimuat naik pengg0dam.

Susulan itu juga, twitter menghaIang pengg0dam membuat ciapan daripada akaun berprofil tinggi yang disahkan, terutama akaun yang mempunyai tanda semak biru rasmi media sosial itu.

“Anda mungkin tidak dapat membuat ciapan atau menetapkan semula kata laluan anda sementara kami dalam usaha kami menangani kejadian ini,” kata pasukan sokongan twitter dalam satu hantaran.

Sebahagian besar ciapan pengg0dam sudah dihapus dan dikeluarkan daripada pelbagai akaun twitter berprofil tinggi yang memaparkan status pen1puan dengan memberitahu pengguna twitter bahawa mereka mempunyai masa 30 minit untuk menghantar Dolar AS 1,000 (RM4,265) dalam bentuk bitcoin bagi penebusan dua kali ganda.

Susulan itu, pengasas bersama pertukaran crypto currency Gemini, Cameron Winklevoss memberi am4ran dari akaun rasminya di twitter, “Ini sc4m, jangan ikut serta.”

Bagaimanapun, akaun rasmi twitter Presiden AS, Donald Trump, yang memiliki lebih 83 juta pengikut tidak dig0dam.

Twitter sebelum ini pernah dijadikan sasaran pengg0dam. Pada Mac 2017, akaun Amnesty International, Kementerian Ekonomi Perancis dan BBC North America dig0dam oleh pengg0dam yang dipercayai ada kaitan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Ogos lalu, beberapa siri ciapan paIsu yang berb4ur perkauman dimuat naik dalam akaun peribadi pengasas twitter, Jack Dorsey tanpa pengetahuannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*