(VIDEO) “Tak Sangka Perempuan”- Suspek Menconteng Mural Dirakam CCTV

KECOH di media sosial mengenai klip video menunjukkan svuspek yang didakwa menconteng lukisan mural potret gergasi pemimpin negara di Shah Alam, Selangor, pada Isnin.

Sebahagian daripada lukisan tersebut diconteng menggunakan cat serta kata-kata kes4t tertera pada dinding sebuah bangunan rumah kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna akaun @amrlfazreq memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, pada petang Isnin.

“Ni pelaku dia,” tulisnya dengan perkongsian tersebut diulang kicau lebih 3,000 kali.

Tangkapan skrin klip video menunjukkan dua pelaku di lukisan mural.

Menerusi klip video berdurasi 2 minit dan 20 saat itu, menunjukkan dua individu mendekati dinding tersebut sebelum dipercayai melakukan sesuatu pada lukisan mural berkenaan.

Berdasarkan rakaman tersebut, rata-rata netizen tidak menyangka insiden tersebut dilakukan dua individu dipercayai wanita.

“Tak sangka pelaku dia perempuan. Tak guna punya perempuan,” komen seorang netizen.

Perkongsian video di laman Twitter, sejak petang Isnin.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum disahkan mengenai identiti pelaku yang didakwa membuat conteng pada lukisan mural berkenaan.

Susulan perbuatan itu yang mer0sakkan kesemua muraI termasuk potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam terpaksa mengec4t semula dinding tersebut dengan warna putih, sekali gus memadamkan kesemua potret.

Dalam pada itu, polis dilaporkan meneliti CCTV di lokasi kejadian untuk mengenal pasti pelaku yang menconteng mural berkenaan.

Tak sangka pelaku dia perempuan

NETIZEN

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan sedang dijalankan pihaknya untuk tindakan lanjut.

“Ini termasuklah meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian. Kita akan kaji untuk kenal pasti pelaku terbabit,” katanya.

Pihak MBSA mengecat semula dinding tersebut dengan warna putih.

Pada awal pagi Isnin, lukisan mural gergasi pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diconteng dengan kata-kata kes4t.

Gambar dan video yang diconteng itu mula tersebar di media sosial, sejak pagi Isnin.

Selain potret Yang di-Pertuan Agong, wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diconteng.

Susulan perbuatan itu yang mer0sakkan kesemua mural, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam terpaksa mengecat semula dinding tersebut dengan warna putih, sekali gus memadamkan kesemua potret.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*