49 Dikompaun, Langgar Penjarakan Sosial

SERAMAI 49 individu dengan 38 daripadanya lelaki dan 11 wanita dikompaun kerana gagaI mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial, di Kuching, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, semua individu terbabit dikompaun dalam pemeriksaan oleh anggota Balai Polis Padungan di premis bistro di Jalan Song Thiang Chock, jam 10 malam.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, pekerja dan pelanggan premis itu didapati gagaI mematuhi arahan penjarakan sosial.

“Walaupun tindakan tegas berterusan dilaksanakan polis terhadap mereka yang ingkar SOP penjarakan sosial, masih ada lagi yang tidak peduli dengan normal baharu itu.

“Dalam pemeriksaan di premis di Jalan Song Thiang Chock malam tadi, pengunjung didapati tidak menghiraukan nasihat kerajaan apabila duduk dalam keadaan terlalu rapat antara satu dengan lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, turut dikompaun pemilik premis terbabit dan empat pekerjanya.

“Polis tidak akan memberi am4ran dan tidak teragak-agak mengenakan kompaun kepada mana-mana premis yang gagaI mematuhi SOP penjarakan sosial dan tidak terkecuali kepada pengunjung juga.

“Pemantauan serta pemeriksaan premis seumpama ini akan dijalankan secara berterusan bagi membendung penuIaran C0vid-19 yang dilihat mulai mereb4k semula khususnya di Kuching,” katanya.

Katanya, kompaun RM1,000 seorang itu perlu dibayar di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching dalam tempoh 14 hari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*