Pembukaan Semula Sempadan Tak Terjejas

PEMBUKAAN semula sempadan Malaysia-Singapura 10 Ogos ini tidak akan terjejas susulan pengesanan kluster C0vid-19 membabitkan pusat jagaan warga emas di Kluang, semalam.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sehingga kini, pihaknya dimaklumkan punca sudah dikenal pasti dan langkah kuarantin sudah dilaksanakan.

“Kerajaan negeri yakin dan percaya bahawa usaha untuk membuka sempadan Johor-Singapura tidak akan terjej4s dengan berlakunya kes-kes baharu ini kerana pembukaan itu sudah memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pengundian Terbuka Taman Pulai Mutiara Rumah Mampu Biaya C di Johor Bahru, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil.

Hasni berkata, pihaknya akan terus memantau bagi memastikan rakyat di luar sana akan sentiasa mematuhi SOP dan mengambil langkah untuk meningkatkan disiplin menerusi jabatan atau pemimpin setempat kerana ini penting bagi Johor.

“Kita akan terus mengemukakan harapan dan permintaan (usaha dapatkan kebenaran) daripada kerajaan persekutuan (pusat) supaya kategori ketiga iaitu mereka yang bekerja harian dari Johor ke Singapura akan dapat dibenarkan dalam masa yang terdekat.

“Itu amat penting lebih-lebih lagi tentang kadar pengangguran yang meningkat, ekonomi masih tumbuh secara perlahan dan kos sara hidup tinggi. Jadi langkah bagi membuka sempadan adalah satu daripada kaedah untuk merancakkan dan memulihkan semula ekonomi, selain dari inisiatif lain yang diusahakan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, pada program berkenaan, beliau berkata, kerajaan negeri mensasarkan 5,157 Rumah Mampu Biaya (RMB) siap dibina bagi tahun ini, berbanding 3,434 unit bagi tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*