Ade Geng Gelang Pink Pula?

Selepas tuIar foto wanita berusia 72 tahun minum kopi di restoran memakai ‘gelang pink’, media sosial dikejutkan pula dengan penemuan gelang pengesanan kuarantin C0vid-19 yang dipercayai dibuang selepas menjalani saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

Ingatkan itu sahajalah ‘geng gelang pink’ yang tuIar, rupa-rupanya ramai lagi yang didakwa ‘sekapal’! Masih ada gelang di pergelangan tangan tetapi sesuka hati pergi ke sana sini.

Eh! kenapa degil sangat ni? Susah sangat ke nak kuarantinkan diri sendiri sendiri di rumah? Apa yang ‘selfish’ sangat tu?

Ni nak cakap sikit, kalau korang tak ‘menyusahkan’ orang lain tak apa…Tapi rasanya korang pun tahu kenapa korang dipakaikan ‘gelang pink’ dan diarahkan mengasingkan diri!

Tolonglah, fikirkan diri orang lain juga…Jangan beri alasan kononnya bosan di rumah atau kali pertama menjalani saringan korang negat1f, so bolehlah keluar jalan-jalan, makan-makan!

Hello…sebab itulah korang semua ni sebaik sahaja tiba dari luar negara dan kaki tu pijak Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), korang disaring dan diarahkan menjalani kuarant1n 14 hari di rumah!

Perintah kuarant1n selama 14 hari di rumah bermaksud duduk di kediaman masing-masing sepanjang tempoh itu tanpa sebarang aktiviti di luar.

Korang tahu tak kalau didapati keluar dari rumah ketika masih dalam tempoh kuarant1n dianggap ingkar kepada perintah terbabit dan akan dikenakan tindakan mengikut Akta 342.

Pergi supermarket beli bawang, pergi ke pasar dan joging, itu bukan kuarantin namanya!

Kenapa 14 hari kuarantin, sebab v1rus kemungkinan akan aktif dalam jangka masa tersebut. Akal kat mana? Tak terfikir ke tindakan korang semua ni menyusahkan pula pihak kerajaan nak jejak pula satu per satu?

Apapun tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak cepat mengarahkan semua warga asing dan rakyat Malaysia yang baru tiba atau pulang dari luar negara, diwajibkan menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen ditetapkan, sejurus tiba mulai Jumaat ini.

Yang penting, mereka yang terbabit dengan kuarantin itu perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.

Ni nak cakap sikit…itulah dah dibagi betis nak paha, elok-elok boleh kuarantin sendiri di rumah dah kena bayar hotel pulak lepas ni.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*