Buka Sempadan Malaysia-Singapura: Rakyat Diminta Jangan Sesekali Alpa!

KUALA LUMPUR: Setiap rakyat Malaysia dan Singapura perlu terus mengamalkan langkah pencegahan C0VID-19 bagi mengelak sebarang penuIaran C0VID-19 susulan cadangan pembukaan sempadan kedua-dua negara itu secara bersyarat pada 10 Ogos depan.

Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata situasi semasa penuIaran C0VID-19 yang semakin baik bagi kedua-dua negara bukanlah sebab untuk rakyatnya terus alpa dengan langkah penceg4han yang sewajarnya.

Tegasnya, segala garis panduan bagi pembukaan sempadan secara bersyarat ini akan menjadi panduan serta penentu kepada keputusan yang lebih besar termasuk membenarkan ulang-alik secara harian.

“Walaupun keadaan bertambah baik di negara kita dan juga kalau kita nilai secara relatif di Singapura berbanding keadaan dunia yang lain, komitmen itu perlu kita teruskan dan langkah berjaga-jaga itu tidak boleh kita hentikan.

“Maksudnya, kita tidak boleh kembali kepada kehidupan seperti mana yang telah kita lalui sebelum C0VID-19. Kita perlu teruskan komitmen untuk mencegah potensi sebarang penularan.

“Sekiranya ini dapat dikekalkan dan tidak ada kluster atau kes-kes baharu yang direkodkan, saya berharap untuk SOP akan akan datang akan bersandar kepada apa yang telah dilaksanakan pada waktu terdekat ini untuk SOP berkenaan,” katanya kepada Astro AWANI sebagai reaksi kepada keputusan Kerajaan Malaysia dan Singapura untuk membuka sempadan secara bersyarat pada 10 Ogos depan.

Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan hari ini bersetuju membenarkan rentas sempadan secara bersyarat menerusi inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Kedua-dua inisiatif itu dijangka akan dilaksanakan pada 10 Ogos depan melibatkan urusan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara serta pemegang pas imigresen jangka panjang untuk tujuan perniagaan dan pekerjaan.

Ujarnya, buat masa ini, beliau menyarankan supaya menggunakan aplikasi sedia seperti MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak berbanding menggunakan jadual perjalanan.

“Sekiranya kita boleh gunakan aplikasi sedia ada untuk mengesan perjalanan itu berbanding jadual perjalanan secara manual.

“Pada pendapat saya, kalau kita boleh mewujudkan sistem pengesan perjalanan, rasanya tidak timbul isu dalam memberi petunjuk kepada kemungkin berlakunya kes atau kluster baharu.

“Walaupun itu mungkin mengambil masa, tetapi dengan adanya sistem sedia ada, kita harap perkara tersebut dapat diberi penelitian dalam pelaksanaan,” katanya.

Selain perlu mematuhi protokol kesihatan yang ketat, mereka yang berhasrat untuk merentas dua negara ini secara RGL perlu memberi cadangan jadual perjalanan di negara mereka bekerja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*