Isteri John Travolta MeninggaI Dunia

Pelakon senior Hollywood, John Travolta dengan rasa dukacita memaklumkan isterinya, Kelly Preston telah meninggaI dunia.

Kelly, 57, yang juga seorang pelakon itu menghembuskan nafas terakh1r selepas dua tahun bert4rung dengan k4nser payud4ra.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram milik John semalam.

“Dengan rasa dukacita dan berat hati, saya ingin memaklumkan isteri saya telah tewas dalam pertarungannya dengan k4nser payud4ra selama dua tahun.

“Dia telah bertarung dengan sokongan dari insan-insan tersayang, saya dan keluarga akan sentiasa berterima kasih kepada para doktor dan jururawat yang telah merawatnya di MD Anderson Cancer Center.

“Kehidupan dan kasih sayang Kelly akan sentiasa diingati, saya akan luangkan masa dengan anak-anak saya yang baru kehilangan ibu mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang filem From Paris With Love itu turut memohon maaf kepada orang ramai seandainya tidak mendengar khabar dari mereka buat seketika.

“Saya mahu memohon maaf seandainya anda tidak mendengar khabar dari kami buat seketika, tetapi saya mahu anda tahu, saya sangat hargai sokongan yang anda berikan sepanjang tempoh kami merawat kesedihan di hati,” tulisnya lagi.

Entri tersebut telah menerima lebih seratus ribu komen dari para peminat yang turut berdukacita.

Terdahulu, John dan Kelly mendirikan rumah tangga pada tahun 1991.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*